Khairul Helmi Tidak Pernah Terfikir Untuk Bersara Daripada Mewakili Skuad Kebangsaan

“Saya belum terfikir untuk bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan. Jika masih diberi peluang serta kepercayaan, saya bersedia bila-bila masa untuk menyahutnya,” kata Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari.

Bercakap kepada berita harian, beliau sedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmatnya diperlukan oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada.

Walaupun skuad bola sepak kebangsaan masih dalam prestasi yang buruk sehingga kedudukan ranking FIFA merundum ke tangga ke-174 dunia, ia langsung tidak memadamkan semangat kapten Kedah, Khairul Helmi Johari untuk terus memberi khidmat kepada skuad kebangsaan.

Malah keputusan jurulatih Nelo Vingada mengetepikannya bagi tugasan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Buriram, Thailand, baru-baru ini bukanlah penutup kepada karier Khairul di peringkat antarabangsa.

“Walaupun digugurkan baru-baru ini, saya tidak anggap ia sebagai isyarat untuk saya gantung but. Malah, saya terimanya sebagai cabaran untuk meningkatkan prestasi supaya kembali dipilih.

“Apatah lagi dengan kedudukan skuad kebangsaan sekarang yang dikritik teruk kerana menduduki ranking ke-174, ia memberi motivasi kepada saya untuk membantu meningkatkan kembali kedudukan itu,” katanya.

Gambar kredit : sports247.com.my

Khairul juga bersetuju dengan langkah untuk membawa masuk lebih ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan pada masa yang sama memerlukan bimbingan daripada pemain yang lebih berpengalaman.

“Idea menyerapkan pemain muda ke dalam pasukan kebangsaan memang bagus untuk jangka masa panjang. Namun, saya berpendapat, pemain berpengalaman masih diperlukan untuk menyeimbangkan kemampuan pasukan.

“Memang kita mempunyai pemain muda yang berpotensi tapi mereka masih memerlukan sokongan pemain senior untuk beraksi di peringkat tertinggi.

“Kekalahan kepada Korea Utara di Thailand, baru-baru ini menunjukkan pemain muda belum bersedia beraksi di peringkat tertinggi. Bukan mereka tidak bagus, cuma kurang pengalaman,” katanya kepada berita harian.

Pemain pertahanan Kedah itu yakin, jika kombinasi pemain lama dan baru dikekalkan serta Vingada terus diberi kepercayaan, keputusan positif akan dapat digapai.

“Kena sabar sikit, mungkin kita belum layak untuk mencabar di peringkat Asia tapi Piala AFF tahun depan adalah pentas terbaik untuk memulihkan semula imej bola sepak negara,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN