Khairul Helmi Johari: “Kami Tak Terganggu Dengan Isu Mengenai Jurulatih Kami”

Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari mengakui persiapan pasukannya menjelang aksi perlawanan Liga Super minggu ini di Stadium Darul Aman.

Kedah bakal melayan kunjungan PKNS FC pada Sabtu ini.

Bercakap kepada Bernama, Khairul mengatakan beliau dan rakan sepasukannya tetap fokus dengan persiapan pasukan ketika ini.

Mereka memilih untuk meletakkan ke tepi buat sementara isu yang melanda jurulatih mereka – Tan Cheng Hoe.

“Kami berlatih seperti biasa ketika sesi latihan. Malah Tan Cheng Hoe juga ada ketika latihan bersama kami memberikan tunjuk ajar.”

Bagi Helmi, apa yang berlaku terhadap jurulatihnya adalah hal peribadi beliau dan Khairul memilih untuk tidak mengambil pusing perkara itu.

“Apa arahan yang beliau berikan kami dengar. Apa yang terjadi sekarang, biarkan saja kerana itu hal peribadi beliau.”

Gambar: Zulfachri Zulkifli/Asiana

Walaupun kem Kedah sedang dilanda dilema mengenai isu Cheng Hoe ketika ini, namun skuad Kedah bersedia untuk bermain menentang PKNS FC.

Isu mengenai Tan Cheng Hoe memasuki babak baharu ketika ini selepas pihak Kedah FA meminta surat tawaran rasmi dari FAM kepada Cheng Hoe mengenai tawaran menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Babak baharu yang dimaksudkan adalah Mario Gomez menafikan yang beliau mahukan Cheng Hoe sebagai pembantunya sekiranya dipilih sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Gomez menolak kenyataan yang dilakukan oleh Presiden FAM yang mengatakan bekas pengendali JDT itu mahukan Cheng Hoe sebagai pembantu beliau di kem Harimau Malaya.

Baca juga: Adakah Ndumba Makeche Bakal Sertai Pasukan Pahang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN