Khairul Fahmi Mohon Maaf Atas Aksi Hambar Ketika Menentang Sarawak

Kekalahan Kelantan ke atas Sarawak tempoh hari di laman sendiri nyata bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah oleh penyokong mereka.

Untuk rekod ia merupakan kekalahan ke-6 di laman sendiri buat Kelantan pada musim ini.

Ia amat kontra dengan aksi memukau mereka yang beraksi cemerlang di laman lawan pada musim ini.

Di laman Facebook Kelantan, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat telah melakukan permohonan maaf mengenai aksi hambar ketika menentang pasukan Borneo itu.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

“Dengan penuh rasa tanggungjawab diatas kekalahan menentang Sarawak tempoh hari, saya memohon maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh penyokong Kelantan.”

“Ia juga ditujukan khusus buat penyokong setia yang ke stadium walaupun dalam keadaan hujan lebat sepanjang perlawanan berlangsung.”

Fahmi juga mengajak semua yang terlibat dengan Kelantan untuk fokus dengan perlawanan Piala Malaysia menentang UiTM FC pada malam ini.

“Walaubagaimana pun, kita akan fokus untuk perlawanan esok dan semoga kemenangan menjadi milik kita!”

“Semoga berjaya buat rakan sepasukan yang akan beraksi dalam perlawanan Piala Malaysia menentang UiTM FC.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN