Khairul Amri Sah Sarung Jersi FELDA United

Penyerang prolifik skuad kebangsaan Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal, sah menjadi milik pasukan FELDA United selepas menandatangani kontrak secara rasmi semalam.

Pemain yang berusia 34 tahun itu dijangka akan diturunkan pada aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Kuala Lumpur di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini..

Ia bakal menjadi penampilan pertama beliau selepas lima tahun meninggalkan saingan Liga Malaysia ketika bersama skuad Lions 12 kendalian V. Sundramoorthy.

“Saya hadir dengan status sebagai pemain asing dalam Liga-M, jadi tanggungjawabnya besar. Saya ingin mencabar (kemampuan) diri,” katanya dalam Stadium Astro

Difahamkan beliau telah menandatangani kontrak selama setahun enam bulan dan bakal menggalas cabaran besar selaku penyerang utama The Fighters.

“Saya teruja untuk turun dalam aksi pertama bersama Felda tetapi terlebih dahulu, saya perlu menyesuaikan diri. Itulah kombinasi dalam bola sepak.

“Saya akan menggunakan pengalaman untuk membawa Felda ke peringkat separuh akhir Piala FA,” katanya.

Khairul Amri yang beraksi untuk kelab Tampines Rovers dalam saingan Liga Singapura musim ini merupakan seorang pemain yang berpengalaman luas di pentas antarabangsa dan mempunyai 130 kaps bersama skuad kebangsaan Singapura.

Sepanjang mewakili negaranya, beliau telah merekodkan 37 gol dan menjuarai Piala AFF sebanyak tiga kali. Pada tahun 2015, beliau membantu skuad Lions XII menjuarai Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN