Khair Jones Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Kuala Lumpur

Skuad Kuala Lumpur kelihatan begitu serius untuk menguatkan benteng pertahanan mereka apabila mengumumkan kemasukan bekas pemain Melaka United, Khair Jones bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh ketua jurulatih baharu Kuala Lumpur iaitu Yusri Che Lah dalam laporan Stadium Astro semalam yang menjelaskan pemain berdarah kacukan Malaysia dan New Zealand itu telah mengikat kontrak selama setahun.

Kuala Lumpur merupakan antara pasukan yang paling banyak bolos dalam saingan Liga Super musim ini dan Yusri memberi fokus untuk memperbaiki benteng pertahanan dengan kemasukan muka baharu yang berpengalaman.

“Dengan kehadiran Jones, saya berharap dia dapat memanfaatkan kelebihan fizikal yang dimilikinya bagi memperkuatkan jentera pertahanan kami,” katanya.

Selain Jones, bekas pertahanan Terengganu FC, Fitri Omar, bekas pertahanan Felcra FC, Alif Samsuddin, dan bekas penjaga gol Kelantan, Faridzuan Kamaruddin, turut memperkuatkan pasukan itu musim depan.

Selain itu, skuad warga kota turut menandatangani pemain tengah dari Jepun, Ryutaro Karube, dan penyerang dari Belanda, Sylvano Comvalius, untuk menajamkan bahagian serangan.

“Kami mengambil lapan pemain baru bagi memperkuatkan pasukan musim depan.

“Daripada lapan pemain itu, dua daripadanya adalah pilihan saya,” tambahnya.

Sementara itu, Jones bersyukur kerana masih ada pasukan yang memerlukan khidmatnya selepas Melaka United melepaskannya selepas 3 musim bersama skuad Hang Tuah itu. 

Beliau tidak sabar beraksi dan akan manfaatkan segala pengalaman yang ada untuk membantu Kuala Lumpur musim depan.

“Mereka mahu memiliki saya ketika Melaka mahu melepaskan saya.

“Saya amat lega kerana masih berpeluang untuk beraksi dalam Liga Super untuk semusim lagi.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dan berharap kami dapat memaparkan aksi meyakinkan musim depan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN