Khabib & Seedorf Gabungkan Latihan MMA Dan Bola Sepak Latih Pemain Di Akademi Milik Mereka

Clarence Seedorf dan Khabib Nurmagomedov kini menjalin kerjasama untuk memiliki akademi bola sepak atau sekolah berprestasi tinggi mereka sendiri. Menurut kedua-duanya, sekolah tersebut akan menggunakan kaedah latihan unik – campuran bola sepak dan seni mempertahankan diri (MMA).

Dinamakan Seedorf Khabib Performance Club, ia dilancarkan di Dubai pada Isnin lalu. Khabib dan Seedorf turut merancang untuk membuka sehingga 10 cawangan sekolah yang sama di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Namun sehingga kini belum ada butiran lanjut mengenai lokasi dan durasi pelaksanaan program tersebut didedahkan. Menurut Khabib sekolah-sekolah tersebut akan dibuka dan ditadbir oleh syarikat yang mereka baru tubuhkkan, SK Sports Holding dan akan berpengkalan di Abu Dhabi dan Dubai.

Sering berkunjung ke UAE, bekas bintang UFC dan juara kategori lightweight itu berkata: “Sudah pasti, jika kami menubuhkan ia di Dubai maka kami juga memerlukan ia di Abu Dhabi. Kami sedang bekerja keras untuk melakukannya pada masa hadapan. Kami akan bermula di Abu Dhabi dan Dubai, dua sekolah berprestasi tinggi minimum.”

Seedord dan Khabib memulakan kerjasama sejak pertemuan pertama kedua-dua mereka pada 2020. Menurut Seedorf, kedua-dua mereka menjadi sahabat baik dan tidak teragak-agak mewujudkan SK Sports Holding secara bersama.

Syarikat itu akan beribu pejabat di DMM di Jumeirah Lake Towers akan berfungsi untuk menarik rakan niaga di kalangan entiti tempatan dan serantau untuk melabur bersama dalam projek tersebut.

“Kami mempunyai misi yang sama di dalam hidup,” ujar Seedorf. “Kami mahu memberikan apa yang kami mampu kepada generasi seterusnya. Ini bukan projek yang sekadar tertumpu di Dubai. Ia adalah sebuah projek global. Syarikat kami sahaja yang beribu pejabat di Dubai.

“Kami akan membawa masuk kepakaran, jurulatih dan kaedah pengajaran, selain memantau dan memberikan sokongan dari segi pemasaran untuk memastikan setiap pusat yang dibuka akan terus berkembang.

“Saya tahu [Khabib] sangat mahir dengan apa yang beliau boleh sumbangkan daripada perspektif MMA. Saya juga berpendapat saya tahu apa yang saya boleh bawa daripada perspektif bola sepak. Dan itulah yang akan kami lakukan dan analisis di bahagian-bahagian lain serata dunia.”

Khabib turut mengesahkan benua Afrika akan menjadi salah satu tempat yang disasarkan projek tersebut. “[Seedorf] amat berjaya di dalam sukan yang beliai ceburi. Begitu juga saya. Kami mahir bagaimana untuk menjadi Sang Juara. Sekarang, matlamat kami ialah untuk melahirkan Sang Juara. Untuk berbuat demikian, anda perlukan sebuah sistem. Saya dan Seedorf akan mencipta sistem tersebut.”

Seedorf adalah satu-satunya pemain bola sepak yang pernah meraih kejuaraan UEFA Champions League bersama tiga kelab – Ajax, Real Madrid, AC Milan – sehingga ke hari ini.

“Kami telah berbincang banyak kali tentang cara bagaimana untuk menjayakan projek ini. Bayangkan berapa banyak akademi/sekolah bola sepak di serata dunia – berapa banyak jenis yang ada? Perbezaannya di sini ialah kami akan memilih sendiri jurulatih, dan kami akan melatih sendiri jurulatih.

“Ini bermakna hanya mereka yang berkelayakan melatih anak-anak ini. Ia amat penting, siapa yang akan melatih kedua-dua bola sepak dan MMA,” tambah Seedorf.

Ditanya bilakah pengumuman seterusnya mengenai sekolah berprestasi tinggi itu, Seedorf kemudian sekadar berkata: “Anda akan mendengarnya tidak lama lagi. Bersabarlah. Ayuh nikmati saat ini kerana kami baharu sahaja membuka syarikat kami di Dubai, di DMCC, JLT. Dan kemudian tunggu sahaja pengumuman terbaru mengenai kerjasama seterusnya yang akan kami jalin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN