Khabib Nurmagomedov Paksa Penyokong Barcelona Cakap Hala Madrid

Khabib Nurmagomedov ‘memaksa’ seorang penyokong Barcelona cilik untuk cakap ‘Hala Madrid’ jika mahu mengambil gambar dengannya, dalam satu video lama yang dimuat naik semula oleh media Sepanyol.

Dengan nada bergurau, Khabib pada mulanya enggan mengambil gambar dengan peminat kecilnya yang mengaku peminat Barcelona.

“Dia budak Barcelona. Tak boleh, tak boleh ambil gambar dengan awak. Hanya Real Madrid sahaja, kawan,” kata Khabib.

Tetapi jelas juara UFC kategori lightweight itu bergurau sahaja kerana selepas itu beliau menunaikan juga impian penyokong Barcelona itu dengan bergambar dengannya. Itupun selepas budak tersebut menyebut ‘Hala Madrid’ di depan Khabib.

Khabib sebelum ini dikenali oleh komuniti peminat bola sepak sebagai penyokong tegar pasukan liga Rusia, Anzhi Makhachkala.

Makhachkala merupakan ibu kota wilayah Dagestan; sebuah wilayah yang majoritinya dihuni oleh penduduk beragama Islam di Rusia.

Selain Anzhi Makhachkala, beliau juga pernah menzahirkan sokongannya kepada Real Madrid dan Liverpool.

Selepas Real Madrid bergelar juara UEFA Champions League pada 2016/2017, Khabib pantas memuatnaik ucapan tahniah di akaun rasmi Instagram beliau.

Khabib turut dijemput oleh Real Madrid melihat perlawanan menentang Real Sociedad di Santiago Bernabeu pada Februari 2018. Selepas perlawanan, Khabib dihadiahkan jersi match worn oleh Cristiano Ronaldo sendiri yang menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut.

Khabib juga menunjukkan minatnya terhadap Liverpool. Beliau pernah menceritakan pengalamannya melihat perlawanan akhir UEFA Champions League 2014/2015 di mana Liverpool merekodkan kebangkitan menakjubkan untuk menewaskan AC Milan.

“Saya rasa saya bukannya sahaja seorang peminat; saya juga tahu sejarah bola sepak. Premier League bagi saya adalah liga terbaik di dunia.

“Saya masih teringat kenangan masa kecil menonton perlawanan akhir antara Liverpool dengan Milan di Dagestan pada tahun 2005. Kami ada TV skrin besar di pantai, beribu-ribu orang menyaksikan perlawanan ini.

“Bila Liverpool ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, saya percaya mereka boleh bangkit sebab saya memang minat Liverpool.

“Hero malam itu adalah Milan Baros, [Vladimir] Smicer, [John Arne] Riise, [Sami] Hyypia dan Steven Gerrard!”

Khabib turut memberitahu antara Liverpool dengan Real Madrid, beliau lebih menggemari Real Madrid.

“Saya tengok juga semua perlawanan Champions League Liverpool. Tapi Real Madrid adalah nombor satu.”

Khabib dijadualkan akan kembali beraksi mempertahanan kejuaraan UFC Lightweight beliau pada 18 April ini menentang Tony Ferguson.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Khabib Nurmagomedov dan Real Madrid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN