Khabib Nurmagomedov berjaya mempertahankan kejuaraan UFC Lightweight apabila menewaskan Conor McGregor dalam satu pertarungan pada hari ini.
Tidak. Pertarungan kedua-dua peninju berakhir dengan kontroversi dan insiden.
Tetapi artikel ini tidak akan membicarakan mengenai pertarungan kedua-dua peninju tersebut.
Sebaliknya kami tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai kelab bola sepak yang disokong oleh peninju UFC yang berjaya mempertahankan kejuaraan milik beliau semalam.
Apa itu UFC?
Ultimate Fighting Championship atau lebih dikenali sebagai UFC adalah salah sebuah sukan berasaskan pertarungan dan hiburan (entertaiment).
Ia adalah salah satu sukan yang berkembang dengan pesat sejak 1993 dan berasal dari Amerika Syarikat.
Hari ini UFC dipertandingkan melalui 10 kategori, dan berjaya menarik perhatian peminat sukan yang berasaskan pertarungan dari seluruh dunia.
Di dalam pertandingan UFC, ia membenarkan kombinasi seni bela diri yang pelbagai, dengan pertarungan secara bersiri diadakan di seluruh dunia.
Organiasasi yang menganjurkan pertarungan dikenali sebagai MMA.
Setiap tahun akan ada sekurang-kurangnya 40 siri pertarungan diadakan oleh MMA di seluruh dunia.
Siapa Khabib Nurmagomedov?
Khabib Nurmagomedov dilahirkan di sebuah pekan kecil dikenali sebagai Dagestan di Russia.
Dibesarkan di ibu kota wilayah tersebut iaitu Makhachkala, Khabib dan keluarganya turut berhijrah ke Kiev, Ukraine.
Gusti adalah sukan yang popular di Dagestan. Khabib tidak ketinggalan mempelajari ilmu gusti sejak dari usia remaja.
Guru pertama beliau, tidak lain dan tidak bukan ialah ayah beliau sendiri yang merupakan seorang veteran perang.
Peninju Islam yang menghormati Ramadhan
Menurut laporan Forbes pada 2017, lawan yang ditewaskan oleh Khabib iaitu Conor McGregor memperolehi bayaran berjumlah £21 juta melalui satu pertarungan, tidak termasuk keuntungan dari sumber lain dan tajaan.
Jumlah tersebut sebenarnya turut dipengaruhi oleh populariti dan nilai pasaran seseorang peninju untuk menarik tontonan dan tajaan.
Maka apabila peninju UFC ini diberikan slot untuk satu perlawanan penting, jarang sekali mereka akan menolaknya. Menang atau kalah, ia bagaikan durian runtuh untuk mereka.
Tetapi sebaliknya yang dilakukan oleh Khabib. Pada Julai 2016, Khabib telah menolak saru pelawaan perlawanan penting di UFC 200 yang diadakan di Las Vegas.
Sebab utama Khabib berbuat demikian ialah kerana beliau tidak mahu menjejaskan tanggungjawab beliau untuk berpuasa di bulan Ramadan. Jika Khabib menerima tawaran tersebut, bermakna Khabib harus mengorbankan ibadah puasa demi perlawanan dan keuntungan semata-mata.
Khabib pada asalnya dijadualkan untuk berhadapan dengan Tony Ferguson, yang pada ketika itu memiliki rekod 20-3 MMA, 10-1 UFC.
Nama Khabib terpaksa digugurkan selepas itu. Peraturan oleh MMA turut menetapkan setiap peninju wajib mengikuti diet yang ditetapkan sekiranya bersetuju untuk bertarung.
View this post on Instagram
Наше от нас не уйдёт. Удачи Братишки. #победатолькоотВсевышнего
A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
“Saya tahu badan saya perlukan rehat. Bulan Jun adalah permulaan Ramadan dan saya mahu berehat seketika dan kembali sekitar bulan September atau October.
“Tetapi kalau UFC bijak dan memilih saya untuk bertarung di New York, New York ada lebih sejuta orang yang boleh bercakap bahasa Russia.
“Saya mungkin terkenal di New York dan saya boleh bertarung di New York. Tetapi buat masa sekarang saya mahu berehat sebentar,” kata Khabib ketika itu.
Khabib dan bola sepak
Seperti kebanyakkan kita, Khabib juga mempunyai kelab bola sepak yang beliau minati dan ikuti.
Dalam satu temu ramah di Rusia, Khabib mendedahkan beliau sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Anzhi Makhachkala di liga Rusia.
Malah beliau pernah menyampaikan nasihat kepada pemain-pemain pasukan tersebut agar tampil lebih berdisiplin.
Khabib turut mencadangkan agar seseorang harus tampil untuk menghukum pemain Anzhi jika mereka melakukan kesilapan di atas padang.
Khabib sememangnya adalah seorang penyokong setia Anzhi Makhachkala.
Khabib turut berkata beliau tidak teragak-agak bersorak untuk menyokong Anzhi walaupun menyaksikan perlawanan di zon VIP pihak lawan.
Itu adalah jawapan Khabib ketika ditawarkan tiket perlawanan di antara Lokomotiv Moscow vs Anzhi Makhachkala, oleh seorang rakan yang merupakan bekas pemain Lokomotiv.
Real Madrid dan Ronaldo
Tatkala McGregor adalah penyokong Manchester United, juara lightweight UFC ini pula ialah seorang penyokong Real Madrid, dan mungkin juga Cristiano Ronaldo?
Selepas Real Madrid bergelar juara pada 2017, Khabib pantas memuatnaik kenyataan untuk mengucapkan tahniah kepada juara eropah itu.
Khabib turut dijemput untuk ke Santiago Bernabeu pada Februari tahun ini dan menerima jersi Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Real Sociedad.
Kita harap Khabib tidak kisah akan Ronaldo yang telah berhijrah ke Juventus dan prestasi terkini Real Madrid selepas penghijrahan pemain itu.
Bukan Marouane Fellaini
Seperti WWE, peninju UFC mempunyai gimik mereka tersendiri ketika memasuki arena sebelum pertarungan. Mungkin ada di kalangan anda yang memikirkan Khabib adalah peminat pemain tengah Manchester United, Maraoane Fellaini.
Sebenarnya ianya bukan begitu. Penutup kepala seakan-akan gaya rambut milik Fellaini itu sebenarnya ialah sejenis topi yang dikenali sebagai papakha.
Papakha ialah sebahagian dari aksesori dan kebanggaan budaya etnik Avar. Pemakaiannya adalah popular di bandar kelahiran Khabib iaitu Dagestan.
Sepertimana kita bangga dengaan pemakaian baju melayu lengkap bersongkok, demikianlah juga motif Khabib menggayakan papakha setiap kali menjelang pertarungan.
Rumusan
Khabib adalah peninju beragama Islam pertama yang berjaya merangkul kejuaraan UFC. Beliau juga berjaya mempertahankan kejuaraan tersebut dengan menewaskan Conor McGregor.
Dan senjata utama Khabib, tidak lain dan tidak bukan ialah kebolehan yang dimiliki oleh beliau di arena gusti. Gerakan beliau itu berjaya memaksa lawan untuk menyerah kalah.