KFA Tagih Profesionalisme Semua Pihak Dalam Isu Perpindahan Akhyar Rashid

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bertegas – mana-mana pasukan yang mahukan Akhyar Rashid perlu berjumpa dengan pihak mereka dahulu. KFA menyatakan ianya perlu mengikut saluran undang-undang dan bukannya melalui pemain sahaja.

Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak bersikpa profesional kerana Akhyar Rashid masih ada baki kontrak sehingga 2019. Mukhriz meminta Akhyar merujuk kembali kontrak yang telah dipersetujui oleh beliau sebelum ini.

Mukhriz: KFA ada hak

Mukhriz tidak dapat menerima keputusan mesyuarat Jawatankuasa Staus FAM yang menyatakan pemain tersebut dibenarkan menebus dan menamatkan kontrak beliau dengan KFA dengan membayar RM210,000. Seterusnya mana-mana pasukan yang mahukan Akhyar dikehendaki membayar pampasan pembangunan sebanyak RM75,000.

Semalam laman JST mengesahkan Akhyar Rashid sudah ejen bebas sejak 2 minggu lalu dan mereka mahu mendapatkan pemain itu.

Mukhriz berpendapat KFA ada hak ke atas Akhyar kerana pemain itu terikat dengan kontrak bersama mereka.

Dipetik daripada Sinar Harian, Mukhriz berkata: “Mana-mana pasukan lain yang mahukan Akhyar sepatutnya datang berunding dengan Kedah dan bukannya berunding dengan pemain sahaja, kita perlu ikut saluran undang-undang.”

Mukhriz juga kecewa kerana sudah beberapa kali pemain Kedah yang bermain untuk pasukan kebangsaan kemudiannya gagal untuk kembali semula ke kem pasukan Kedah. Beliau menambah: “Memang kita terasa jika Akhyar berhijrah kerana beliau datang dari kilang Kedah, biasalah (perkara ini) dah banyak kali dah berlaku, bukan sekali.

“Banyak pemain kita yang bermain bersama pasukan kebangsaan namun selepas itu kita akhirnya gagal mendapatkan khidmat mereka.”

Akhir sekali Mukhriz menegaskan mana-mana pemain Kedah perlu berjumpa dengan KFA sebelum berhijrah ke pasukan lain.

KFA akan membuat rayuan

Seterusnya dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kehormatnya KFA, Mohd Asmirul Anuar Ari akan membuat rayuan bagi membantah keputusan oleh FAM.

“Kami akan lihat perkara ini dari satu tahap ke tahap lain dan akan bermula dengan merayu terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM. Rayuan ini agar FAM melihat kembali kes ini dan lihat apa jawapan FAM. Surat rayuan akan dikeluarkan esok [hari ini],” katanya kepada Sukan Sinar.

Beliau juga menegaskan perkara yang sama dengan presiden KFA – mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan Akhyar Rashid perlu tampil berjumpa dengan KFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN