KFA Serah Bukti ‘Tapping Up’ Akhyar Rashid Oleh JDT Kepada FAM

Delegasi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan peguam mereka telah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Status FAM yang berlangsung di Wisma FAM pada hari ini.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk membentangkan fakta dan menyerahkan bukti berkenaan tindakan ‘tapping up’ oleh JDT terhadap pemain, Akhyar Rashid sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai JDT selepas selesai tugasan antarabangsa bersama skuad negara di Kejohanan Piala AFF Suzuki pada Disember lalu, dan dikatakan tidak melaporkan diri ke Kedah untuk latihan pra musim skuad Lang Merah.

Melalui kenyataan yang disiarkan oleh KFA, aduan tersebut telah dilakukan sebelum ini, dan pihak KFA baru mendapat panggilan untuk menjelaskan sendiri perkara tersebut untuk diperdengarkan di hadapan Jawatankuasa Status FAM selepas mengambil masa berbulan-bulan untuk menunggu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM iaitu En. Joehari Ayob.

Bagi KFA proses ini amat penting demi memastikan semua ruang untuk menuntut hak sebagai majikan iaitu KFA di peringkat tempatan telah diambil, sebelum membawa kes ini ke peringkat lebih tinggi iaitu Pusat Timbangtara Antarabangsa Asian (AIAC) atau Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Hadir mewakili KFA ialah En. Anas Hafiz Mustaffa, Naib Presiden 1 KFA dan En. Shahrul Samsudin, Setiausaha Eksekutif KFA, selain daripada barisan peguam persatuan itu.

Tidak ada wakil daripada JDT di mesyuarat itu walaupun menurut KFA, kedua-dua pihak pengadi dan responden turut dipanggil oleh Jawatankuasa terbabit.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN