KFA: InsyaAllah Kita Akan Jaga-Jaga Daripada Ditipu ‘Scammer’

KFA Kedah Perak Liga Super 2020 scammerjpg

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dipetik memohon agar semua penyokong bertenang dan jangan risau berhubung tularnya gambar ‘scammer’ bola sepak Malaysia dilihat bersama Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.

‘Scammer’ itu telah menyebabkan lima buah pasukan di Liga Malaysia memiliki rekod kewangan yang buruk dan seterusnya memusnah pasukan tersebut antaranya Terengganu City FC, Hanelang FC dan Batu Dua FC. Sehingga kini, dikhabarkan ada yang masih belum diselesaikan termasuklah tunggakan gaji para pemain.

Tindakan KFA membuka peluang kepada pihak-pihak yang berminat untuk menjadi rakan kongsi mungkin menyebabkan individu tersebut kembali ke depan selepas telah ‘menghilangkan diri’ daripada arena bola sepak tempatan buat seketika.

D Hazarul Scammer pasukan bola sepak malaysia kedah
Sumber: Twitter

Memetik kenyataan sumber terdekat dengan KFA kepada Berita Harian, beliau berkata, “InsyaAllah kita akan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan dengan sebarang penipuan termasuk ‘scammer’ yang boleh merugikan pasukan.”

“Kita tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak yang ingin menjadi rakan kongsi sebelum meneliti dan menilai rekod serta corak perniagaan mereka terlebih dulu,” jelas sumber tersebut lagi.

KFA yang merupakan pemilik syarikat Darulaman FC Sdn Bhd ketika ini sedang mencari rakan kongsi dan sehingga kini yang diketahui hanya Koperasi Anak Kedah Berhad yang telah membuat tawaran iaitu pada 9 Oktober yang lalu.

Namun, apabila tersebar gambar ‘scammer’ yang telah menjadikan beberapa pasukan tempatan sebagai mangsanya sebelum ini berada di Stadium Perak, Ipoh dalam perlawanan terakhir Liga Super baru-baru ini, semua yang mengenali ‘scammer’ tersebut mula menyuarakan kerisauan sekiranya beliau kembali aktif.

Sumber tersebut menjelaskan mereka akan merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelabur berminat. Katanya, “Kita juga akan merujuk dengan banyak pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengenalpasti terlebih dahulu sekiranya terdapat laporan negatif.”

“Kerana ini membabitkan nama dan maruah pasukan Kedah,” tegas sumber tersebut lagi sambil meminta agar semua penyokong bertenang kerana segala pertimbangan akan dibuat dengan teliti, telus dan mengikut pandangan berbagai aspek.

“Kami ucapkan terima kasih diatas segala sokongan dan kesetiaan yang diberikan semua pihak selama ini yang sayangkan bola sepak Kedah,” tambahnya lagi dan berkata yang mereka akan berhati-hati daripada menjadi mangsa penipuan.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai KFA dan ‘Scammer’:

Ljuba Baranin Dedah Individu Di Sebalik Masalah Gaji Batu Dua FC

Batu Dua FC Nafi Bagi Cek Tendang Serta Abaikan Kebajikan Pemain

Bila KFA Akan Buat Keputusan Mengenai Tawaran Koperasi Anak Kedah?

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN