KFA: “Akhyar Masih Milik Kedah Sehingga November 2019”

Sebaik sahaja Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid sebagai pemain baharu mereka untuk saingan Liga Malaysia musim depan, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap mahukan pemain muda itu melapor diri di sesi latihan pasukan pada 2 Januari 2019.

Menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi KFA, Akhyar masih menjadi milik Kedah sehingga 30 November 2019 kerana mereka mendakwa tidak menerima bayaran pampasan serta tiada proses penebusan kontrak yang sah.

“KFA menegaskan Akhyar masih milik pasukan Kedah kerana setakat ini tiada proses penebusan kontrak oleh pemain dan pelepasan dilakukan menurut peraturan FAM, AFC dan FIFA.

“Sijil Pelepasan Pemain masih dibawah hak mutlak KFA dan status quo pemain kekal berkontrak sehingga 30 November 2019. Sebarang perlanggaran menandatangani 2 kontrak pada masa yang sama, adalah penghinaan kepada Statut FAM, pihak berkenaan akan menjadi asas aduan tatatertib oleh KFA.

“KFA dalam proses meneruskan tindakan di Mahkamah Timbangtara Sukan,” kata kenyataan tersebut.

Malah, KFA juga akan mendapatkan penjelasan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan badan induk itu menolak rayuan isu tebus kontrak dan pampasan melibatkan Akhyar Rashid.

Sementara itu, 4 pemain import baharu Kedah akan memulakan latihan mereka bersama pasukan itu petang ini di Stadium Sultan Abdul Halim. 4 pemain import tersebut ialah Shakir Hamzah, Renan Alves, Fernando Rodriguez dan Anmar Al-Mubaraki.

Manakala pemain tempatan baharu mereka akan mula berlatih pada 2 Januari 2019 iaitu N. Thanabalan dan penyerang skuad Harimau Malaya Mohd Zaquan Adha Abd Razak pada 3 Januari 2019.

Bekas pemain JDT dan Pahang, Azammuddin Akil yang sedang menjalani sesi pemulihan kecederaannya di Institut Sukan Negara dijangka melaporkan diri pada 15 Januari 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN