Jika siapa mengikuti perjalanan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas pasti kita akan mempunyai rasa simpati setelah melihat apa yang berlaku buat dirinya sehingga kini.
Ianya boleh diibaratkan seperti suka dalam duka menerusi perjalanan karier yang dialami beliau dalam dunia bola sepak profesional.
Meskipun pelbagai pencapaian berjaya dilakar, namun itu bukanlah sesuatu jaminan untuk dirinya terus memegang kunci utama penjaga gol kerana pada akhirnya beliau terpaksa disisihkan jua dalam skuad utama.
Ketangkasan Navas mengawal pintu gol tidak boleh dinafikan kerana kecemerlangan beliau, Real Madrid berjaya mempertahankan kejuaran UEFA Champion League (UCL) selama tiga tahun berturut-turut.
Bukan itu sahaja, ketika menyertai Paris Saint-Germain (PSG), sekali lagi beliau berjaya bawa pasukan yang ketandusan UCL ketika itu ke perlawanan akhir, namun terpaksa akur tewas di tangan Bayern Munich.
Melihat prestasi beliau sebelum ini, boleh dikatakan agak kejam sebenarnya kerana pemain berusia 36 tahun itu masih berada di puncak prestasi namun terpaksa di ketepikan bagi memberi laluan kepada penjaga gol baharu yang di beli oleh kelab.
Misalnya ketika di Real Madrid, setelah menabur bakti dengan penuh jiwa dan raga sehingga membawa kejuaraan kepada skuad Los Blancos, pemilik kelab iaitu Florentino Perez mengambil langkah membeli seorang lagi penjaga gol baharu iaitu Thibaut Courtois dari Chelsea.
Ketibaan Courtois menyebabkan Navas semakin kurang mendapat minit permainan dan lebih banyak memanaskan kerusi simpanan dari berada di atas padang selaku pemain utama.
Disebabkan itu, beliau mengambil langkah untuk keluar dan berhijrah ke PSG pada tahun 2019.
Kehadiran penjaga gol terbaik ini memberi kekuatan tambahan kepada pasukan The Parisians dan berjaya membantu kelab menjuarai beberapa piala.
Pencapaian paling tinggi di PSG sudah tentu membantu skuad bimbingan Thomas Tuchel ketika itu ke pentas akhir UCL.
Saat penjaga gol muda Italia, Gianluigi Donnarumma beraksi cemerlang bersama AC Milan dan skuad negara sehingga membantu muncul juara UEFA UERO 2020 telah menarik perhatian pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi.
Dengan ketinggian dan usia masih muda membuatkan orang kaya dari Arab Saudi ini terus membeli pemain tersebut. Maka episod duka kembali menghantui diri Navas.
Meskipun dirinya sering bertukar tangan menjaga pintu gol PSG, itu bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh seorang pemain profesional.
Disebabkan jiwa meronta-ronta inginkan minit permainan lebih banyak, sekali lagi dirinya membuat keputusan untuk bertukar angin apabila kali ini memilih Englis Premier League (EPL) sebagai destinasi buat dirinya.
Pada jendela perpindahan Januari lepas, Nottingham Fores berjaya memujuk untuk bersama kelab ini sehingga penamat musim.
Biarpun status sebagai pemain pinjaman, sedikit sebanyak memberi peluang untuk dirinya menonjolkan segala pengalaman yang ada untuk membantu kelab barunya terus kekal di EPL.
Dengan pengalaman begitu luas bersama kelab terhebat sebelum ini, mampukah Navas membantu pasukan terbarunya menamatkan saingan di kedudukan terbaik nanti?