Ejen kepada Keylor Navas, Ricardo Cabanas berkongsi cerita bagaimana beliau cuba meyakinkan kelab besar akan klien beliau itu adalah pemain yang hebat.
Pada 2008, Cabanas pernah cuba mencadangkan Navas kepada Barcelona namun ditolak oleh kelab tersebut.
Cabanas cuba lagi untuk mencari beberapa kelab besar untuk Keylor Navas. Yang paling perit adalah apabila ada pengurusan yang berkata:
“Lupakanlah, tiada kelab besar yang mahukan pemain dari Costa Rica.”
Mencari kelab untuk Navas
Cabanas memberitahu yang beliau terjumpa satu klip video yang diberikan rakannya tentang seorang penjaga gol kebangsaan Costa Rica.
Cabanas merasakan pemain ini berhak untuk bermain dengan kelab-kelab elit di Eropah terutama sekali di Sepanyol.
Beliau berkata:
“Saya menonton video aksi perlawanan di antara DC United and Saprissa. Saya teruja dan takjub. Siapakah penjaga gol muda itu.”
Cabanas kemudian membawa video itu untuk dipersembahkan kepada beberapa kelab di Sepanyol dan hampir kesemua kelab besar di Sepanyol.
“Malangnya, video itu tidak menarik perhatian mereka langsung.”
“Salah seorang pembantu Pep Guardiola memberitahu saya, Navas seorang penjaga gol yang hebat, namun tiada kelab besar yang akan menandatangani penjaga gol dari Costa Rica.”
Cabanas tidak berputus asa dan beliau sendiri berjumpa dengan pengurusan Atletico dan Real Madrid. Jawapannya tetap sama, mereka katakan ‘tidak!’.
Akhirnya, Cabanas berjaya membawa Navas menyertai Albacete pada 2010. Pada 2011, Navas menyertai Levante.
Aksi cemerlang di Levante membuatkan beliau berjaya memikat pengurusan Real Madrid yang sedang mengalami krisis untuk posisi penjaga gol.
Selepas berjaya menyertai Real Madrid, Navas menjadi penyelesaian kepada krisis penjaga gol kelab tersebut dan menjadi no.1 di Bernabeu.
Beliau juga sudah membantu Real Madrid memenangan UCL dalam 2 tahun berturut-turut. Muncul dalam 86 perlawanan dalam semua pertandingan untuk 2 musim terakhir di Real Madrid.
Ejen ini juga mendedahkan:
“2 tahun yang lalu, Navas hampir pasti dijual, namun diselamatkan oleh mesin faks yang bermasalah dan menyebabkan usaha mendapatkan De Gea gagal.”
Baru-baru ini Presiden Real Madrid memberitahu Onda Cero bahawa beliau tidak akan menukarkan penjaga gol beliau itu dengan De Gea.
Ini selepas banyak spekulasi yang menyatakan Florentino Perez mahukan De Gea di dalam pasukan mereka. Perez berkata:
“Hakikatnya, kamu ada 2 penjaga gol hebat, Nabas dan Kiko Casilla. Adakah kami akan kembali memburu De Gea? Saya sukakan Navas, itu adalah hakikat. Pada 2015 yang lalu saya tidak begitu kenal (kehebatan) beliau seperti sekarang.”