Keylor Navas Akui Kecewa Hilang Posisi Penjaga Gawang No.1 Real Madrid

Penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas mengakui beliau kecewa selepas hilang posisi sebagai penjaga gawang No.1 kepada Thibaut Courtois di Santiago Bernabeu.

Navas berpindah ke Madrid pada 2014 dari Levante, dan menyaksikan karier beliau bersama Los Blancos mencapai pelbagai kejayaan.

Bermula sebagai pilihan kedua

Selepas tiba di Bernabeu, Navas dilihat sebagai pilihan kedua kepada penjaga gol utama, Iker Casillas pada musim pertama bersama Los Blancos.

Musim 2015/16 menyaksikan Navas menjadi pilihan sebagai penjaga gawang utama – sebelum membantu gergasi La Liga itu membolot tiga kejuaraan UEFA Champions League secara berturut-turut pada setiap musim.

(Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)
Ketibaan Courtois ubah segalanya

Ketibaan Courtois dari Chelsea pada jendela perpindahan lalu segera mengubah nasib penjaga gol antarabangsa Costa Rica itu pada musim ini.

Tatkala Julen Lopetegui lebih gemar menggunakan kedua-dua penjaga gol secara bergilir, pengganti beliau, Santiago Solari lebih cenderrung untuk memilih Courtois – juga merupakan penjaga gol No.1 Belgium.

Navas sebelum ini pernah menyifatkan ‘keinginan untuk meninggalkan Real Madrid sama seperti beliau harus mati terlebih dahulu’. Namun kini nada beliau sedikit berubah kerana kecewa kurangnya minit perlawanan yang beliau lalui bersama pasukan tersebut.

(Photo by Silvia Lore/NurPhoto via Getty Images)
Dari tiga kejuaraan UCL, kini panaskan bangku simpanan

Perlawanan terakhir Navas untuk Real Madrid adalah pada 31 Oktober yang lalu di saingan Copa del Rey menentang Melilla. Beliau tidak dibolosi dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4-0 tersebut.

“Saya bermula dengan menjuarai tiga kejuaraan Champions League dan kini hilang peluang untuk beraksi,” ujar Navas kepada El Chiringuito.

(Photo by Harold Cunningham – UEFA/UEFA via Getty Images)

Navas telah tampil di dalam tujuh perlawanan di semua pertandingan untuk Madrid pada musim ini dan dibolosi tujuh gol.

Manakala Courtois telah beraksi dalam 11 perlawanan dan dibolosi 13 gol setakat ini.

Membuatkan keadaan semakin parah ialah prestasi keseluruhan Real Madrid pada musim ini. Juara eropah itu hanya menang enam daripada 13 perlawanan La Liga mereka setakat ini dan berada di kedudukan ke-6 – ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Sevilla.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN