Berita mengenai pemergian penjaga gol legenda dunia, Gianluigi Buffon ke Paris Saint-Germain (PSG) semakin kuat kedengaran.
Namun, tuan empunya diri masih belum mengesahkan langkah seterusnya samada untuk terus beraksi atau sebaliknya pada usia 40 tahun ini.
Bagi penjaga gol PSG, Kevin Trapp, adalah sesuatu yang istimewa untuk melihat Gianluigi Buffon menjadi rakan sepasukannya di Parc De Princes.
Trapp turut berpendapat kehadiran Buffon juga dapat memberikan persaingan yang hebat bagi merebut posisi selaku penjaga gol utama.
Alphonse Areola merupakan seorang lagi penjaga gol PSG yang kemudiannya berjaya merampas kedudukan penjaga gol utama musim 2017/18.
“Saya perlu katakan, terdapat banyak khabar angin mengenai penjaga gol yang berbeza akan menyertai PSG,” katanya kepada pemberita.
“Sekiranya mereka semua menyertai pasukan, kami akan mempunyai 15 penjaga gol sepanjang masa itu.”
”Bagi saya, sebagai penjaga gol, Gigi (nama panggilan Buffon) sudah pasti merupakan seorang legenda. Apa yang telah dilakukannya beberapa tahun terakhir, pada usia itu, di tahap tersebut, itu adalah luar biasa.”
”Jika anda mendapat peluang untuk bekerja dengan penjaga gol sepertinya, ia bakal menjadi suatu yang istimewa.”
“Sama ada ia berlaku, saya tidak tahu, tetapi ia akan menjadi menarik untuk berlatih bersama-sama penjaga gol seperti itu.”
Walaupun kehilangan posisi utama di PSG, Trapp masih menjadi pilihan Joachim Low bagi menyertai skuad Jerman ke Rusia 2018.