Menerusi laman Facebook FMLLP semalam, CEO -Kevin Ramalingam tidak bersetuju dengan pendapat legenda bola sepak Malaysia, Jamal Nasir yang mengaitkan sikap JDT yang suka perap pemain menjadi punca kemerosotan pasukan Malaysia.
Menurut Kevin:
“Setiap orang mungkin berhak memberikan pendapat. Secara peribadi, saya merasakan bahawa ia adalah komen yang sangat sempit pemikirannya.”
“Apabila Sepanyol tersingkir awal (berbanding dengan permainan biasa mereka) dari Euro, adakah itu kesalahan Real Madrid? Sekiranya prestasi Jerman teruk, adakah kesalahan Bayern Munich?”
“Realitinya adalah liga dengan pasukan yang mendominasi atau sebilangan kecil pasukan yang mendominasi (Jerman, Itali, Sepanyol, Perancis) telah menghasilkan lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa daripada liga dengan lebih banyak pasukan yang mencabar gelaran tersebut (England). Itu fakta.”
“Pandangan saya ialah tidak ada pasukan tempatan yang boleh dipersalahkan untuk prestasi pasukan kebangsaan. Ya, liga harus menyediakan asas yang kukuh untuk pemain dapat mengembangkan bakat.”
“Tetapi sebenarnya kejayaan pasukan kebangsaan perlulah diambil berasingan daripada ini. Jika tidak, bagaimana kita menilai EPL yang dianggap sebagai salah satu liga yang paling menguntungkan dan menarik di dunia?”
“Orang yang komen berbagai ini tak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terus menggagalkan rancangan untuk mengubah keadaan dengan kritkan yang tidak membawa faedah.”
“Kalau sekadar pandangan elok kita berdiam sahaja kerana jika tidak ada input yang positif untuk diberi seeloknya kita berdiam dan tidak terus menyumbang kepada yang negatif.”
Kevin Ramalingan kini sedang bersama-sama dengan delegasi FAM-FMLLP untuk menimba ilmu cara pengurusan liga di Sepanyol.
Beliau sangat berterima kasih dengan banyak input daripada lawatan kali ini. Kevin Ramalingam juga gembira kerana ramai penyokong bola sepak Malaysia memberikan respon positif kepada lawatan delegasi mereka kali ini.