Kevin Ramalingam: Kita Tersepit Antara Keperluan Skuad Senior Dan B-23

Kevin

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menyatakan yang pihaknya tersepit antara keperluan skuad senior dan B-23.

“Kali ini Piala AFF bermula awal pada November jadi kita kena selesaikan Piala Malaysia sebelum itu, jika tidak ia akan memberi masalah kepada skuad senior pula. Jadi dalam situasi ini, kita tersepit antara keperluan skuad senior dan B-23.

“Kita masih dalam proses untuk menyiapkan jadual Piala Malaysia jadi sudah pasti semua perkara akan diambil pertimbangan termasuk keperluan skuad B-23,” ujar Kevin lagi.

Acara bola sepak untuk kejohanan Sukan Asia pula bakal bermula sekitar pertengahan Ogos dan persediaan pastinya perlu diadakan lebih awal daripada tarikh tersebut.

Dan dengan Piala Malaysia dijangka akan bermula pada awal Ogos, ini pastinya akan menjejaskan sedikit sebanyak persediaan Datuk Ong Kim Swee dan skuad B-23 kendaliannya.

sukan asia, kevin
PEMANGKU Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi (kanan) berbincang jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. – Foto: Osman Adnan

Kim Swee menyatakan keresahannya berkaitan persiapan untuk kejohanan tersebut. Dia bimbang para pemain yang dipilihnya nanti tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Selain itu, latihan pusat skuad B-23 juga mungkin akan berjalan dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar 10 hari dengan syarat semua pemain yang dipanggil melaporkan diri.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui pemangku Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi berharap agar pasukan melepaskan para pemain yang dipilih Kim Swee nanti.

“Kita berharap agar pemain yang akan dipanggil oleh Kim Swee nanti akan mendapat pelepasan pasukan masing-masing kerana ini tanggungjawab mereka juga untuk membentuk pasukan ini.

“Skuad B-23 ini adalah pasukan masa depan negara, ini pasukan terbaik yang kita ada, jadi saya percaya, semua pasukan faham keperluan ini,” jelas Yusoff kepada Berita Harian.

Kim Swee pastinya tidak mahu sejarah buruk persediaan skuadnya untuk ke Kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu kembali berulang.

Kim Swee dikejutkan apabila hanya enam daripada 26 pemain yang disenaraikan melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat dan ini telah mengundang pelbagai persepsi terhadapnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN