Kevin Ramalingam: Sekretariat FMLLP Menyokong Penuh Kepimpinan TMJ

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramlingan menjelaskan barisan sekretariat FMLLP memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengenai isu beberapa pasukan Liga Malaysia yang didapati gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan.

“Saya baru ditanya oleh seorang pemberita bahawa adakah wujud atau sudah mula ada perbalahan di antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi FMLLP bersama Sekretariat FMLLP kerana kenyataan dari DYAM Tunku Pengerusi nampak berbeza dari pendapat Sekretariat FMLLP yang mahu tegas tentang isu dokumentasi dan pendaftaran ini.

“Ingin saya nyatakan bahawa Sekretariat FMLLP menyokong penuh kepimpinan DYAM Tunku Pengerusi.

“Apa yang boleh dilihat melalui kenyataan DYAM Tunku Pengerusi adalah kekecewaan yang wujud hasil dari persepsi sesetengah pihak yang menunding jari ke arah DYAM Tunku Pengerusi setiap kali wujud situasi di mana sesuatu hukuman bakal dilakukan,” katanya melalui laman facebook rasmi FMLLP.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan rasa kesal dan memohon maaf kepada penaja yang menyumbang kepada Liga Malaysia pada musim ini.

Baginda bertitah sedemikian setelah dimaklumkan bahawa pihak FMLLP akan memotong mata dan memberikan hukuman kepada persatuan-persatuan yang tidak melengkapkan dokumen-dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

“Kekecewaan ini adalah yang sebenar kerana DYAM Tunku Pengerusi bekerja keras untuk memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang.

“Pelaburan yang berjaya diperolehi menjadi sesuatu menguntungkan untuk kesemua pasukan, dan secara realiti harapan semua pihak yang melabur di dalam Liga Malaysia mahu melihat kemajuan dari segi profesionalisme,” jelas Kevin.

Tunku Ismail turut menyarankan agar pihak FMLLP membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku, agar pihak penaja mampu melihat sendiri mengapa bola sepak Malaysia sukar untuk maju dan berkembang kerana mentaliti serta sikap penyokong bola sepak tanah air yang kuno.

“Saya pasti DYAM Tunku Pengerusi tidak berniat untuk menidakkan peraturan, dan mahu peraturan ditegaskan, tetapi baginda berlaku sarkastik dalam membuat kenyataan kerana hampa dengan pandangan sesetengah pihak yang berminda kecil ini.

“Bola sepak Malaysia sudah berada di landasan yang betul, pelaburan yang sudah mula masuk dengan nilai yang lumayan, adakah pihak-pihak ini tahu yang mereka ini sedang menghalang kemajuan dengan mengeluarkan kenyataan bijak pandai mereka yang serba tahu bukan sahaja mengenai pengurusan FA dan liga malah AFC dan FIFA juga,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN