Kevin Ramalingam Nafi Tohmahan Label Pasukan Liga Malaysia ‘Daif’

Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam menyangkal menggunakan perkataan ‘daif’ kepada pasukan Liga Malaysia menurut laporan salah satu akhbar tempatan, hari ini.

Sebaliknya Kevin mendedahkan beliau hanya menjelaskan perancangan semasa pasukan-pasukan dan bukannya menyentuh perihal kedudukan kewangan pasukan-pasukan bertanding di Liga Malaysia.

Hari ini satu akhbar tempatan melaporkan Kevin memberitahu hampir 90 peratus daripada 24 pasukan Liga Malaysia dan ada segelintir pasukan terbabit mempunyai struktur kewangan yang rapuh dengan tempoh bertahan hanya satu bulan untuk meneruskan saingan liga.

Mengulas lanjut, Kevin memberitahu beliau hanya menjelaskan senario perancangan pasukan dan bukannya menyentuh mengenai isu kewangan.

“Saya langsung tidak pernah sebut perkataan ‘daif’ seperti yang dilaporkan tajuk berita akhbar berkenaan.

“Ini kerana saya masih ingat penjelasan saya sebenarnya adalah kebanyakan persiapan pasukan-pasukan hanyalah fokus untuk menghadapi Liga Malaysia dalam tempoh setahun atau dua dan bukannya jangka masa panjang.

“Secara asasnya MFL tidak menuduh rakan-rakan kongsi iaitu pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. Malah, kami akan sentiasa berusaha untuk membantu pasukan-pasukan, bukannya mencari jalan menuding kesilapan mana-mana pihak.

“Jadi, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa laporan itu tidak tepat kerana MFL tidak pernah membuat kenyataan dengan menggunakan perkataan sedemikian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kevin turut mendedahkan MFL terus kekal komited untuk mengagihkan geran tahunan kepada pasukan Liga Super dan Liga Premier seperti yang dijanjikan.

“Buat masa ini tiada lagi tarikh khusus untuk penyerahan geran tahunan tetapi MFL telah bertemu dengan setiap pasukan menjelaskan perkara yang berlaku.

“Apapun, MFL akan memberikan yang terbaik bagi memastikan geran tahunan itu akan dapat diberikan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN