Kevin Ramalingam: MFL Akan Lunaskan Bayaran Hak Penyiaran Pada 15 Julai & Ogos

Kevin

Persoalan berhubung hak penyiaran pasukan Liga Malaysia musim ini akhirnya terjawab selepas Malaysian Football League (MFL) telah bersedia untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang turut memberitahu pengendali Liga Malaysia itu akan melunaskan bayaran hak penyiaran pasukan pada 15 Julai dan 15 Ogos depan.

Jelas Kevin, nilai hak penyiaran itu tetap dibayar sama seperti musim lalu di mana sebanyak RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan Liga Premier secara dua proses pembayaran.

Mengulas lanjut, Kevin turut mengambil kesempatan menjelaskan perbezaan geran tahunan dan hak penyiaran yang masih menjadi kekeliruan dalam kalangan media serta penyokong bola sepak tempatan.

“Untuk menjelaskan berkenaan isu ‘geran’ yang selalu ditanya-tanya oleh media, saya mahu mengambil kesempatan untuk membetulkan penggunaan perkataan sebenar adalah hak penyiaran, bukannya geran.

“Oleh sebab itu angka (hak penyiaran) melonjak jauh lebih besar daripada geran yang diberikan pada waktu dahulu.

“Perkongsian hak penyiaran ini penting oleh kerana hak penyiaran semakin naik pada masa akan datang. Jadi pendapatan pasukan turut melonjak naik dalam waktu yang sama.

“Untuk menjelaskan isu yang berkait (kelewatan pembayaran hak penyiaran bagi) musim 2019, hak siaran tetap akan diberikan kepada pasukan-pasukan sama seperti tahun lepas iaitu RM3 juta (pasukan Liga Super) dan RM1 juta (pasukan Liga Premier).

“Jadi perkongsian (hak penyiaran) yang baharu ni akan lebih komited dan cuba untuk memastikan bahawa agihan pertama yang tidak kurang daripada keseluruhan hak penyiaran akan diagihkan sebelum 15 Julai depan.

“Selebih (baki hak penyiaran) akan diselesaikan pada 15 Ogos depan. Itu adalah komitmen MFL untuk menjelaskan hak penyiaran walaupun sebelum ini belum diterima oleh kerana MFL tidak ada penyiar rasmi yang sebelum ini Telekom Malaysia (yang menjadi penaja Liga Malaysia).

“Itulah sebab kelewatannya tetapi MFL tidak mahu mencari alasan sebaliknya lebih berminat untuk mencari jalan penyelesaian. Dengan adanya penyelesaian sekarang MFL lebih yakin untuk membayar hak penyiaran pada tarikh yang dimaklumkan.

Hari ini MFL mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020 pada sidang akhbar di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN