Kevin Ramalingam: Kuasa Penyokong Bakal Jadi Penentu Hala Tuju Bola Sepak Tempatan

Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam menegaskan kuasa penyokong bakal menjadi penentu hala tuju bola sepak tempatan selepas pengendali Liga Malaysia itu memperkenalkan struktur hak penyiaran baharu yang berkuatkuasa musim depan, semalam.

Lebih tepat, Kevin optimis kelibat penyokong yang menjadi pemegang taruh besar dalam pengstrukturan hak penyiaran kali ini dijangka akan memberikan impak lebih berkesan jika dibandingkan tradisi sebelum ini berkaitan penajaan Liga Malaysia.

Jelasnya lagi, penyokong-penyokong bola sepak tempatan akan diberikan ‘kuasa’ menentukan hala tuju perbelanjaan selepas mereka melanggan pakej yang akan diperkenalkan akan datang.

“Sudah lama sebenarnya dalam penyelidikan MFL dalam isu para penyokong, mereka sentiasa mencari jalan untuk membantu pasukan kesayangan mereka.

“Ramai yang mahu membantu tetapi tidak ada jalan yang jelas. Adakah dengan membeli jersi, berapa pulangan yang akan dapat kepada pasukan, adakah pulangan itu akan pergi kepada penaja atau sebagainya.

“Kadang-kadang isu ini menimbulkan kekeliruan tetapi dengan adanya platform ini, segala sumbangan atau perbelanjaan penyokong akan disalurkan kepada pasukan-pasukan.

“Ada mekanisme untuk dibincang bagi memastikan pasukan penyokong mendapat imbuhan yang terus dan juga imbuhan tambahan apabila satu penyokong itu mengambil bahagian dalam kejayaan program ini.

“Sebagai contohnya, katakan pakej yang diperkenalkan itu berharga RM20, penyokong yang melanggan itu dapat melihat perjalanan wang mereka disalurkan.

“Memetik contoh lagi, mungkin ada pilihan-pilihan lain contohnya penyokong mahu menaiktaraf peralatan kamera di stadium, membangunkan akademi atau sebagainya sesuai mengikut kehendak penyokong tetapi ia masih dalam peringkat cadangan di mana proses itu lengkap bermula 60 hari daripada sekarang,” ujarnya.

Semalam, MFL mengumumkan mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020.

Menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN