Kevin Ramalingam: Jangan Cetuskan Kontroversi, Hubungan MFL Dan Rakan Kongsi Sentiasa Kukuh

Kevin

Malaysian Football League (MFL) percaya hubungan bersama rakan kongsi kekal utuh meskipun ada sesetengah pihak yang didakwa cuba mengeruhkan keadaan.

Isu terbaharu timbul apabila ada pihak menyarankan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menyaman badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu susulan isu pendaftaran Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, MFL tetap yakin bahawa PBNP antara salah satu daripada 25 rakan kongsi MFL sentiasa memiliki kerjasama terbaik dan hubungan erat dalam usaha menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku.

“Kita sentiasa mengikut Perlembagaan MFL dan telah berbincang dengan rakan kongsi kita (PBNP) tetapi rupanya ada pihak di luar sana mendakwa lebih mengetahui Perlembagaan MFL dan menyaran rakan kongsi kita menyaman MFL sendiri.

“Harapan dan nasihat saya kepada pihak-pihak tertentu tolong selidik dahulu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Ini kerana tiada asas untuk saman berlaku kerana MFL sentiasa memberikan keutamaan kepada kes Sumareh.

“Apa yang kita putuskan bahawa peraturan yang kekal lima tahun sebelum ini telah dikurangkan kepada satu tahun untuk faedah pemain ini dan Pahang sendiri. Sekarang sedang dipertimbangkan juga rayuan seterusnya untuk terus menghapuskan satu tahun itu sendiri.

“Walaubagaiamanapun saya percaya hubungan MFL dan PBNP sentiasa kukuh kerana kita berhubung antara satu sama lain.

“Apa yang terbaik sekarang adalah pihak ketiga itu mungkin lebih baik tidak membuat apa-apa komen menerusi laman sosial yang dia sememangnya tiada penglibatan langsung dalam isu berkenaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam hari ini.

Rentetan dakwaan tidak berasas itu, MFL sentiasa optimis isu pendaftaran Sumareh yang sepatutnya status pemain tempatan berkuatkuasa pada 2 Mac depan akan terjawab sebelum 16 Januari ini.

“Inilah isu yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak tetapi seperti saya katakan tadi MFL sentiasa memiliki hubungan cukup erat bersama dengan 24 rakan kongsi yang lain.

“Gandingan MFL bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga berada di tahap memberangsangkan dan mungkin sesetengah individu tidak perlu mengapi-apikan perhubungan kerjasama erat kami.

“Ini kerana ia adalah satu contoh yang tidak baik dalam semangat kesukanan terutama dalam bola sepak kerana masih ada pihak mahu menjatuhkan antara satu sama lain.

“Lantaran daripada pelbagai kenyataan yang tidak memiliki fakta kukuh ini telah membuatkan kekeliruan kepada peminat-peminat di mana saya berharap perbuatan mengapi-apikan tidak akan lagi berlaku.

“Apa yang MFL mahukan adalah menyaksikan keharmonian dan kemeriahan Liga-M yang bakal berlangsung pada awal bulan depan, bukannya lebih mencetuskan kontroversi,” tambah Kevin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN