Kevin Ramalingam Mengulas Tentang Isu Hak Penyiaran Di Liga Malaysia

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Kevin Ramalingam yang merupakan CEO kepada FMLLP bercakap mengenai isu hak penyiaran yang sering menjadi isu panas dalam kalangan peminat bola sepak negara pada musim 2016.

Baru-baru ini, beliau telah ditemuramah oleh kami di pejabat beliau di Damansara Perdana.

Jom kita lihat apa jawapan beliau.

Perlu dipersetujui bersama

Kevin Ramalingam ketika ditanya mengenai isu wang agihan hak penyiaran kepada semua pasukan-pasukan Liga Malaysia. Beliau berkata semua itu perlu mendapat persetujuan bersama dari semua pemegang saham.

Pemegang saham yang dimaksudkan adalah pemegang saham di dalam FMLLP iaitu terbahagi kepada 2:

  • FAM sebagai pemegang saham utama
  • 24 pasukan Liga Super dan Liga Perdana sebagai pemegang saham yang lain-lain

Jadi menurut Kevin, semua pemegang saham perlu mendapat kata sepakat mengenai jumlah wang agihan hak penyiaran Liga Malaysia.

Dalam masa yang sama, sekiranya terdapat perubahan mengenai jumlah wang agihan hak penyiaran Liga Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab wakil dari FMLLP untuk memastikan wang agihan tersebut dibahagi seperti yang dipersetujui oleh para pemegang saham.

Kevin juga berkata, pihaknya juga tiada hak untuk menentukan jumlah siaran langsung yang bakal diterima oleh para pasukan. Hal ini kerana FMLLP bukanlah pemilik Liga Malaysia, tetapi cuma badan pengurusan liga sahaja.

Johor Darul Ta’zim player Jorge Pereyra Diaz in action during 2016 Malaysia Super League match against Felda United at Larkin Stadium, Johor. Photo by rizanizam/www.asiana.my

Isu jumlah perlawanan yang disiarkan

Kevin Ramalingam sendiri sedar luahan peminat bola sepak Malaysia yang mahukan lebih banyak perlawanan siaran langsung disiarkan di kaca televisyen.

Namun begitu, Kevin berkata penyiar rasmi Liga Malaysia iaitu Media Prima mempunyai beberapa kekangan yang menyebabkan mereka terpaksa menghadkan jumlah bilangan siaran langsung di kaca televisyen.

Sebagai penyelesaian, Kevin berharap agar di masa akan datang akan ada lebih banyak stesen penyiar akan turut serta menyiarkan Liga Malaysia supaya jumlah siaran langsung boleh bertambah.

Kekangan di England

Mengenai masalah siaran langsung ini, Kevin berkata beliau ada cuba berhubung dengan liga di Eropah iaitu Premier League untuk mendapatkan lebih banyak ilmu mengenai siaran langsung.

Katanya, di England juga mereka mengalami kekangan siaran langsung dan tak semua perlawanan Premier League disiarkan secara langsung di televisyen pada setiap minggu.

Ini boleh dilihat apabila semua perlawanan Premier League yang berlangsung pada jam 3 petang waktu England, tidak akan ada siaran langsung di televisyen England.

“Hanya di negara luar sahaja boleh menyaksikan kesemua perlawanan Premier League.”

“Walaupun Premier League adalah liga yang stabil, namun mereka juga mengalami masalah kehadiran penyokong ketika setiap minggu perlawanan.

“Oleh sebab itu, jumlah siaran langsung Premier League di England dihadkan untuk menggalakkan penyokong datang ke stadium.”

Kami berharap di masa akan datang, akan datang sekurang-kurangnya 1 lagi penyiar yang akan menyertai pihak Media Prima untuk menjadi penyiar Liga Malaysia.

Saksikan temu ramah penuh kami bersama Kevin Ramalingam mengenai isu hak penyiaran Liga Malaysia dengan menonton video di bawah ini.

Baca juga: Kevin Ramalingam Bercakap Mengenai Pengalaman FMLLP Pertama Kali Urus Liga Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN