Kevin-Prince Boateng Kecewa Dengan Sikap Sambil Lewa Pemain Muda

Pemain Fiorentina, Kevin-Prince Boateng menzahirkan rasa kecewa dengan sikap pemain bola sepak muda masa kini yang mengamalkan sikap sambil lewa dalam karier mereka.

Menurut laman El Espanol, beliau berasa kecewa kerana para pemain muda terlalu asyik dengan kemewahan dan terlalu sibuk dengan media sosial terutamanya Instagram.

Kerana itu, ia menyebabkan mereka membazirkan bakat yang diperoleh mereka dan potensi sebenar tidak dapat dicapai seperti yang diharapkan.

“Mereka tidak memantapkan bakat mereka dan saya memahami situasi itu. Ada pemain berusia 19 tahun yang sudah pun memandu Mercedes ke padang latihan.”

“Ada di antara mereka yang sebenarnya cukup berbakat tetapi mereka tidak berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka. Tiada sebarang latihan tambahan, tidak ada.”

Boateng juga mengatakan yang situasi telah berubah sama seperti apa yang berlaku dalam keadaan masyarakat sekarang.

“Mereka hanya memikirkan mengenai Instagram sahaja. Mereka menjadi pemain yang terakhir tiba di padang latihan dan yang pertama meninggalkan tempat tersebut. Saya rasa bola sepak sudah berubah, sama seperti masyarakat hari ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN