Kevin Nafi Unifi Tarik Diri Sebagai Penaja Utama Liga Malaysia

Semalam media tempatan melaporkan Syarikat telekomunikasi negara, Unifi kemungkinan akan menarik diri daripada menaja Liga Malaysia mulai musim depan walaupun sudah memeterai perjanjian selama 10 tahun dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Mengulas mengenai isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, menerusi laporan dalam Stadium Astro menafikan desas-desus kononnya penaja utama Liga Malaysia, berhasrat untuk menarik diri.

Katanya beliau tidak percaya dengan desas-desus itu, sebaliknya memberi penghargaan dengan usaha yang dilakukan pihak penaja telah membantu memberikan kestabilan kepada penganjuran saingan Liga M.

“Kami meletakkan kepercayaan kepada pihak penaja yang telah memberikan keseimbangan dalam saingan Liga M sejak musim ini. Perkara ini telah dijelaskan oleh barisan pemain, penyokong serta presiden FAM mengenai impak yang telah diberikan oleh Unifi.

“Apabila mendapat pengetahuan mengenai desas-desus ini, ia adalah satu perkara yang serius untuk perkembangan bola sepak Malaysia dan ia akan mampu memberikan kesan yang negatif. Saya berharap semua pihak bersabar dan menantikan kenyataan rasmi daripada MFL,” katanya.

Semalam Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi, memberi bayangan kemungkinan Liga Malaysia kehilangan penaja utama dan mereka akan bincang dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL tidak lama lagi.

“Segalanya masih kabur mengenai perkara itu.

“Sebagai ahli lembaga pengarah, saya masih belum mendapat sebarang maklumat memandangkan Mesyuarat Lembaga Pengarah masih belum dijalankan.

“Mungkin terdapat perbincangan yang dijalankan, namun ia di luar pengetahuan saya setakat ini,” katanya.

Menurut Yusoff, MFL perlu mencari pengganti yang lebih baik jika Unifi disahkan menarik diri daripada menaja Liga Malaysia.

“MFL perlu melakukan sesuatu bagi mencari pengganti kepada Unifi atau mencari dana tambahan,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN