Kevin Minta Penyokong Hentikan Sabotaj Pasukan Dan Teruskan Beri Sokongan

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalinggam menyelar sikap pengkritik bola sepak tanah air yang hanya sibuk mencari kesalahan dan lebih berminat menyebarkan perkara yang tidak benar.

“Pengkritik merenung pada jerami dan cuba mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan.

“Ini adalah perkembangan yang positif dan orang yang berminat untuk berkecimpung di dalam bola sepak tidak boleh dimatikan oleh orang bodoh yang menganggap mereka telah menemui dokumen syarikat yang baru didaftarkan,” katanya dalam kenyataan rasmi FMLLP melalui laman facebooknya.

Kevin turut menjelaskan menggunakan SPV adalah perkara biasa dan bermakna syarikat itu ditubuhkan khas untuk fokus pada sesuatu tugas atau projek.

“Menggunakan Special Purpose Vehicle (SPV) untuk menjalankan perjanjian perniagaan adalah perkara yang biasa.

“Mungkin mereka di dalam arena bolasepak yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ini adalah sebab mengapa bola sepak tidak boleh menjadi satu perniagaan yang besar di Malaysia.

“Apa yang penting adalah individu atau syarikat disebaliknya yang menyokong SPV,” jelasnya.

“Ampersand Sports akan menyumbang minima 20 juta setahun. Dan selain itu akan dipastikan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun.

“Bersama-sama mereka, kami mensasarkan hak penajaan mencecah RM 40 juta setahun pada akhir tempoh mereka. Jika Ampersand Sports berjaya, semua pasukan mendapat lebih banyak habuan,” jelasnya lagi.

Difahamkan FMLLP sedang mengusahakan pendapatan lain untuk mencapai sasaran RM80-RM90 juta dalam setahun.

“Dengan jumlah ini, bersama dengan pendapatan tambahan dari hak penyiaran, dan pendapatan lain yang sedang diusahakan FMLLP, akan memastikan bahawa kami mahu memenuhi aspirasi Tunku Pengerusi FMLLP, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk memperoleh pendapatan sekitar RM 80 – 90 juta setahun dalam masa terdekat.

“Berhenti mensabotaj pasukan kesayangan anda dan mulalah memberi sokongan kepada bolasepak dan mereka yang tampil untuk memberi sokongan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN