Quantcast

BERITA

Sudahlah Dipukul Samseng, Kontrak Pemain Ini Dibatalkan Pula Oleh Kelabnya

Kevin Grosskreutz yang merupakan pemain untuk kelab di 2. Bundesliga iaitu Vfb Sttugart telah ditamatkan kontraknya oleh kelab tersebut baru-baru ini.

Kontrak beliau dibatalkan selepas terlibat dalam satu insiden pukul di kelab malam.

Dipukul

Grosskreutz ditamatkan kontrak oleh kelabnya selepas terlibat dalam satu insiden di sebuah kelab malam di Jerman.

Beliau ketika itu hadir bersama-sama rakan yang dipercayai terdiri dari skuad remaja Vfb Sttugart telah dipukul oleh sekumpulan remaja dalam insiden yang berlaku pada jam 2.15 pagi.

Grosskreutz kemudiannya dibawa ke hospital selepas menerima kecederaan di kepala.

Beberapa hari kemudian, kelabnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

“Selepas perkara itu terjadi, kami cuma ada pilihan untuk menamatkan kontrak beliau.”

“Walaupun keputusan ini berat untuk dilakukan, tetapi kami terpaksa lakukannya demi masa depan Vfb Sttugart dan fokus harus diberikan sepantas boleh untuk perlawanan seterusnya.”

Selepas mengetahui kontraknya dibatalkan kelab, Grosskreutz berasa cukup kecewa.

“Saya tak nak buat apa-apa dengan perkara yang berkaitan dengan bola sepak buat masa ini. Jadi tolong jangan ganggu saya dan keluarga saya.”

“Ini merupakan kesilapan saya dan saya mengaku. Saya minta maaf dan saya menyesal dengan apa yang saya lakukan.”

“Terima kasih pada semua yang telah membantu saya terutama kelab, staf dan penyokong yang tak sudah-sudah menyokong saya.”

Grosskreutz ketika sidang media selepas disingkirkan Sttugart.

Vfb Sttugart kini di tangga teratas 2. Bundesliga.

Baca juga: Seri Dengan Bournemouth, Manchester United Persiakan Peluang Naik 4 Teratas

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!