Laporan mengatakan Kevin Glazer melepaskan pegangan saham beliau di Manchester United adalah tidak benar.
Menurut laporan Sky Sports, semenangnya terdapat dokumen dihantar oleh Kevin – salah seorang dari enam adik beradik Glazer – kepada pihak Bursa Saham New York (NYSE) pada Jumaat lalu.
Dokumen tersebut menimbulkan desas desus keluarga Glazer akan melepaskan sebahagian daripada pegangan mereka di dalam kelab tersebut.
Kevin Glazer set to sell his stake in Man Utdhttps://t.co/VzDzH8bGuY pic.twitter.com/dA7XJxIlE5
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) October 14, 2019
Namun demikian dokumen tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang perubahan kepada pemilikan, untuk tujuan undian, mahupun untuk tujuan menambahkan pinjaman sedia ada.
Difahamkan dokumen yang diserahkan kepada NYSE adalah berkenaan beberapa isu teknikal.
Sebelum ini beberapa laporan – pada mulanya disiarkan oleh The Sun – mendakwa Kevin akan melepaskan 13% saham yang dimilikinya.
Suggestions that Kevin Glazer is looking to sell his shares in Manchester United look to be wide of the mark, Sky Sports News understands.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 15, 2019
Saham tersebut dianggarkan bernilai £320 juta. Walaupun sekiranya Kevin bertindak menjual pegangan tersebut, ia dijangka tidak akan mempengaruhi operasi kelab dalam tempoh jangka masa pendek.
Adik beradik Glazer memegang 90% daripada pemilikan kelab selepas ayah mereka Malcolm meninggal dunia lima tahun yang lalu.
Keluarga Glazer yang berpengkalan di Amerika Syarikat sering kali menjadi sasaran kecaman penyokong Manchester United yang tidak bersetuju dengan kaedah mereka menguruskan kelab – yang mensasarkan keuntungan semata-mata.