Kevin De Bruyne Tidak Tolak Kemungkinan Manchester City Akan Berdepan Kegagalan

De Bruyne

Perancang Manchester City, Kevin De Bruyne tidak menolak kemungkinan pasukannya akan gagal meraih trofi kejuaraan yang menjadi buruan kelab itu pada musim ini.

Manchester City kini dalam misi pemburuan tiga trofi kejuaraan, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara dan Piala FA selepas  memenangi satu daripada empat trofi yang ditawarkan iaitu Piala Liga pada 24 Febuari lalu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Manchester City players celebrate with the trophy after winning the Carabao Cup Final between Chelsea and Manchester City at Wembley Stadium on February 24, 2019 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Dalam kempen Piala FA, City hanya tinggal selangkah lagi untuk meraih kejuaraan keenam mereka selepas berjaya menewaskan Brighton 1-0 pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.

Bagi kempen saingan liga pula, City sedang bersaing hebat dengan pencabar terdekatnya, Liverpool yang hanya dibezakan dua mata dengan kelebihan satu perlawanan.

Sementara, The Cityzens diundi akan bertemu Tottenham Hotspurs pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Tidak mustahil

De Bruyne yang sebelum ini disisihkan dari pasukan dalam tempoh masa yang agak panjang akibat kecederaan meminta rakan sepasukan agar tidak hilang fokus sehingga saingan musim ini berakhir.

Beliau tidak menolak kemungkinan pasukannya boleh mengalami kegagalan untuk meraih kejuaraan yang menjadi sasaran kelab itu pada awal musim ini.

LONDON, ENGLAND – APRIL 06: Kevin De Bruyne of Manchester City in action with Yves Bissouma of Brighton and Hove Albion during the FA Cup Semi Final match between Manchester City and Brighton and Hove Albion at Wembley Stadium on April 06, 2019 in London, England. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Ia seperti menghadapi perlawanan 12 atau 13 piala. Ini menjadikan semuanya lebih menarik. Pada akhirnya kita mungkin kehilangan segala-galanya tetapi sekurang-kurangnya kita berada di peringkat ini.”

“Semuanya dilalui dengan hebat, jadi kami hanya perlu teruskan [fokus]. Cuba untuk menang dan mungkin sampai ke peringkat akhir.”

Tidak patah semangat

De Bruyne mengalami tiga kecederaan serius dan hanya memainkan peranan kecil sepanjang usaha Manchester City bersaing dalam kempen 2018/19.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kecederaan yang dialaminya tidak mematahkan semangat untuk terus berlatih dan memberikan yang terbaik untuk membantu rakan-sepasukan.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 26: Manchester City’s Kevin De Bruyne in action during training at Manchester City Football Academy on March 26, 2019 in Manchester, England. (Photo by Tom Flathers/Man City via Getty Images)

“Sekarang adalah saat penting, saya hanya perlu melakukan apa yang saya dapat lakukan, untuk membantu pasukan mencatatkan kemenangan.”

“Jika perlu bermain 5 atau 10 perlawanan, saya akan melakukan semuanya,” kata Bruyne.

Tambahnya lagi, “Saya kadang-kadang merasakan saya menjalani dua musim lebih lama berbanding pemain lain. Ini kerana apabila anda mahu bermain, anda perlu bekerja dua kali ganda, anda tidak pernah bercuti kerana anda perlu cuba  untuk pulih.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN