Ketumpulan Penyudah Peningkan Kepala Mikel Arteta

Mikel Arteta

Kelemahan jentera serangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 jelas menjadi kerisauan buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang menegaskan bahawa skuad bimbingannya perlu untuk mencipta jaringan.

Berdasarkan statistik, Arsenal hanya mampu menjaringkan dua gol pada tujuh perlawanan terakhir kempen liga yang mana dua jaringan itu terhasil menerusi sepakan penalti Pierre-Emerick Aubameyang ketika menundukkan Manchester United dan tandukan Gabriel sewaktu tumbang 1-2 di tangan Wolverhampton Wanderers.

Aksi bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi juga menyaksikan The Gunners hanya mampu mencipta dua percubaan tepat ke arah pintu gol tuan rumah. Kedua-dua percubaan itu hadir menerusi Alexandre Lacazette manakala Aubameyang seperti langsung tidak memainkan peranan sebagai seorang penyerang.

Keadaan tersebut jelas amat merunsingkan Arteta tatkala kedudukan Arsenal dalam saingan liga juga semakin membimbangkan peminat setia kelab London Utara itu.

”Jika anda melihat kepada statistik, peluang memihak kepada kami tetapi pada akhirnya yang menjadi keutamaan adalah bagaimana anda memasukkan bola ke dalam jaring [menjaringkan gol].”

”Kami memiliki beberapa peluang. Kami menghasilkan peluang pada perlawanan ini, mungkin lebih banyak bagi musim ini. Lebih banyak melakukan banyak umpanan silang ke kawasan penalti berbanding sebelum ini, statistiknya jelas.”

”Tetapi pada akhirnya anda perlu untuk menjaringkan gol dan apabila mereka [Tottenham Hotspur] memiliki peluang, mereka menyempurnakannya dan pada ketika itu kami tidak melakukan dengan baik.”

”Untuk membina sesuatu [kejayaan], anda memerlukan keputusan,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya mengambil banyak perkara positif terhadap aksi kami bermain, ketika kami datang ke sini bagi menghadapi situasi ini dan bermain dengan personaliti, keghairahan, bertenaga dan keyakinan tinggi yang ditunjukkan barisan pemain.”

”Tetapi pada akhirnya dalam bola sepak, anda perlu untuk memenangi perlawanan dan kami tewas lagi hari ini.”

”Kami perlu untuk menjaringkan gol, sangat mudah. Kami perlu untuk menjaringkan gol jika tidak ia akan menjadi sulit. Tidak penting tentang apa yang kami buat di bahagian lain di atas padang, jika kami tidak dapat menjaringkan gol, kami tidak dapat melakukan apa-apa.”

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta:

Mikel Arteta Kecewa Isu Pergaduhan Ceballos-Luiz ‘Kantoi’ Di Media

Nacho Monreal: Mikel Arteta Telah Membawa Udara Segar Di Arsenal

Mikel Arteta: Peranan Baharu Kelihatan Sesuai Buat Alexandre Lacazette

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN