Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menyatakan beliau tidak kisah menjadi mangsa kritikan, selepas cadangan beliau baru-baru ini dianggap sebagai sesuatu kontroversi dalam kalangan pemain naturalisasi negara berkenaan.
Sikap Erick Thohir Soal Naturalisasi: Jangan Membunuh Pembinaan https://t.co/nZaWMBOH15
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) March 7, 2023
Usul yang dibuat Erick ketika itu ialah memperketatkan undang-undang mengenai kelayakan calon pemain baharu naturalisasi sebelum mereka diluluskan sebagai warganegara Indonesia.
Disebabkan usul tersebut, jelas ramai pemain naturalisasi Indonesia tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial selain meminta agar cadangan tersebut tidak dipanjangkan uuntuk musim hadapan.
Antara pemain yang lantang mengkritik cadangan tersebut ialah tonggak naturalisasi posisi tengah Indonesia, Marc Klok serta Stefano Lilipaly jelas tidak berpuas hati dan meminta perkara tersebut difikirkan semula.
Namun Erick jelas tidak kisah menjadi mangsa kritikan tersebut, kerana beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai masa depan bola sepak Indonesia.
“Saya tak kisah dikritik kerana saya sekarang merupakan Ketua Umum PSSI, dan setiap perubahan ingin dibuat pastinya akan turut diiringi kritikan tidak berpuas hati,” jelas Erick menerusi CNN Indonesia.
Petikan ucapan tersebut dibuat beliau untuk menjawab kritikan yang dilemparkan sebelum itu daripada pelbagai pihak dan Erick menganggap naturalisasi pemain hanya untuk kepentingan tersendiri buat kelab.
“Naturalisasi tak boleh jadi jalan singkat kejayaan dan ianya jelas membunuh proses pembangunan akar umbi bola sepak.
“Memang naturalisasi di Indonesia ini sudah pun sebati, tetapi apa saya ingin tegaskan ialah ianya bukan jalan singkat terbaik untuk mencapai kejayaan. Jika tidak, apa fungsi pembangunan akar umbi?
“Sekarang kita bercakap mengenai bola sepak. Sepatutnya program naturalisasi dibuat untuk memberi jalan terbaik buat skuad kebangsaan.
“Ianya bukan jalan singkat untuk kepentingan kelab-kelab tempatan berjaya. Kita tak boleh biarkan mana-mana pasukan yang mempunyai ramai pemain naturalisasi sehingga tidak dapat slot tersebut buat pemain tempatan,” jelas Erick lagi.
Pada masa sama, bekas Presiden Inter Milan itu juga menegaskan akan mengambil pemain naturalisasi yang berpotensi tinggi dan bukan sembarangan lagi.
Pro dan kontra terkait wacana penetapan regulasi baru untuk naturalisasi pemain disampaikan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
PSSI dengan tegas merencanakan larangan lebih dari satu pemain naturalisasi di setiap klub per musim 2023/24.
Pendapat kalian gimana, nih? pic.twitter.com/iDij10xEwD
— Sport77 Official (@Sport77Official) March 7, 2023
“Kalau ada calon naturalisasi baharu, standard yang ingin diletakkan juga mesti tinggi sebelum didaftarkan dan mahu bermain untuk negara. Jika tidak buat apa? Lebih baik kita beri peluang buat anak jati,” tambah Erick.