Ketum PSSI Serius Mahu Jadikan Indonesia Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menyatakan negara tersebut perlu memberi karakter yang baik selaku tuan rumah untuk aksi Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ini kerana Erick mempunyai impian yang sangat besar selepas itu untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia peringkat senior bagi edisi 2034 jika segalanya berjalan lancar.

Keinginan beliau untuk menganjurkan saingan berprestij itu mula timbul, selepas Erick sendiri turun meninjau persiapan di salah satu lokasi bagi kejohanan B-20, iaitu Stadium Manahan, Solo.

Disebabkan itu, Erick menyatakan semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan kejohanan Piala Dunia B-20 ini mampu berjalan dengan lancar, kerana dikhabarkan Indonesia bersama negara Asia Tenggara lain mempunyai keinginan untuk menganjurkan secara percuma.

“Kerana kita mempunyai impian cukup besar. Negara-negara Asia Tenggara lain sebelum itu pernah membicarakan isu membida selaku tuan rumah dalam kejohanan Piala Dunia 2034.

“Jadi jangan sampai kita ambil mudah ketika ini dalam penganjuran Piala Dunia B-20 yang merupakan acara kedua terbesar bawah FIFA setelah mempunyai kesempatan terbaik,” jelas Erick menerusi Bola.com.

Terkini, dilaporkan Erick bakal berlepas ke Rwanda bersama beberapa pegawai PSSI lain untuk melaporkan segala bentuk persiapan mereka sebelum saingan Piala Dunia B-20 bermula.

Selain menyatakan laporan tersebut, Erick juga bakal menjelaskan betapa mereka serius untuk membida kejohanan Piala Dunia 2034 nanti selaku tuan rumah.

“Persiapan juga harus dilakukan dengan baik kini selaku tuan rumah, jangan sampai negara luar ketawakan kita kerana ingin membida, tetapi serba serbi tidak siap,” tambah Erick.

Cerita tentang Stadium Manahan, dikhabarkan lokasi tersebut bakal menjadi aksi final kejohanan Piala Dunia B-20, sekali gus sebagai acara penutup selepas segalanya berakhir.

Ketika ini, negara tersebut sudah pun melakar sejarah tersendiri selepas kejayaan mereka untuk menjadi tuan rumah dalam saingan Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang akan bermula tidak lama lagi.

Sebagai tuan rumah, Indonesia sendiri bakal bersaing dalam kejohanan tersebut bersama negara-negara besar dalam saingan berkenaan dan sudah pun membuat persediaan rapi sejak awal.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN