Indonesia nampaknya mempunyai sasaran terbaharu mereka untuk terus mencabar pentas antarabangsa dalam dunia bola sepak pada masa akan datang beberapa tahun lagi.
Terbaharu, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menyasarkan negara tersebut layak ke saingan Piala Dunia pada tahun 2038 secara merit.
Target PSSI: Indonesia Lolos Piala Dunia 2038 Tanpa Status Tuan Rumah https://t.co/uxuXKZi4si
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) April 14, 2023
Tanpa mengharapkan status tuan rumah, jelas Erick mempunyai sasaran tersendiri dengan iany dilihat realistik untuk mereka mempersiapkan segalanya sebelum tahun tersebut tiba.
Kenyataan itu dijelaskan oleh beliau sendiri ketika beliau menghadiri satu majlis Hari Ulang Tahun PSSI yang ke-93 di Stadium Utama Gelora Bung Karno dan mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong.
“Menerusi blue print yang kami telah sediakan sebelum ini untuk diserahkan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sudah dijelaskan sekali kami ingin menyertai Piala Dunia 2038.
“Tetapi, kami mahu menyertai saingan tersebut secara merit dan bukannya menerusi status sebagai tuan rumah,” jelas Erick menerusi CNN Indonesia.
Tambah Erick lagi untuk memenuhi impian tersebut, segala usaha daripada awal perlu dimulakan kadar segera dengan menumpukan saingan liga lebih kompetitif serta projek akar umbi.
Selain menumpukan projek akar umbi untuk mendapatkan bakat-bakat baharu, Erick juga menegaskan ianya perlu diseimbangkan menerusi pendidikan juga.
Selain serius untuk sertai Piala Dunia pada tahun 2038 secara merit, PSSI juga meletakkan sasaran Indonesia berada pada ranking ke-45 dunia dengan tiada ketetapan masa diletakkan.
Melihat kepada perkembangan semasa bola sepak Indonesia ketika ini, segalanya tidak mustahil dengan mereka berjaya memasarkan ramai pemain ke luar negara khususnya sekitar Asia.
Pemain-pemain muda seperti Ronaldo Kwateh, Marselino Ferdinan, Asnawi Mangkualam, serta beberapa lagi kini semakin selesa beraksi di luar negara dan berkembang dengan sangat baik pada usia masih muda.
Malah, perkembangan semasa bola sepak mereka di pentas antarabangsa juga semakin baik selepas negara tersebut mula semakin berani mencabar pasukan yang berada di ranking lebih tinggi.
Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, mengatakan bahwa dirinya ingin mengubah gaya pembinaan pemain usia dini di Indonesia demi lolos ke Piala Dunia 2038.
Erick mengutarakan mimpi besar Indonesia kepada FIFA untuk tampil di Piala Dunia 2038. < #Bola #ErickThohirhttps://t.co/PUy8hFiatk
— Kompas.com (@kompascom) April 11, 2023
Persoalannya, adakah sasaran tersebut sekadar retorik atau mereka benar-benar serius untuk merealisasikannya pada masa akan datang?