Ketum PSSI Nasihatkan Penyokong Indonesia Elak Beri Komen Negatif Buat Sang Garuda

Ketua Umum (Ketum) Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir tampil memberi nasihat kepada para penyokong Sang Garuda supaya tidak memberi komen keterlaluan kepada pasukan negara mereka.

Terdahulu, Indonesia menjadi antara pasukan yang masih kemarau untuk memperoleb sebarang kemenangan di pentas antarabangsa bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Malah, pasukan itu juga gagal untuk mencipta kemenangan sulung mereka pada aksi Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan D, selepas mereka tewas 1-3 di tangan Iraq.

Hadir dengan prestasi serba tidak menjadi dan masih kemarau akan kemenangan, Shin Tae-yong dan para pemain Indonesia telah pun menerima kritikan negatif di media sosial daripada para penyokong mereka.

Kritikan-kritikan tersebut jelas sesuatu yang kurang senang dilihat oleh Erick yang menganggap ianya bakal menjatuhkan moral para pemain sendiri.

Malah, para pemain juga dinasihatkan kini untuk tidak melihat media sosial dan memberi tumpuan kepada saingan tersebut sehingga ianya selesai.

Walaupun begitu, Erick tetap menyatakan ianya merupakan sebahagian perlu dilalui oleh para pemain bintang untuk menerima komen negatif daripada penyokong jika mereka membuat salah bersama skuad kebangsaan.

“Itu risiko anda jika menjadi bintang negara, kalau tidak sedia sebaiknya jangan ceburi bidang tersebut untuk elak perkara sedemikian.

“Saya sendiri yang memiliki media sosial turut menerima kata-kata kesat netizen di ruangan komen seolah saya dan pengurusan lain tidak tahu membuat kerja.

“Malah, ada yang turut melemparkan komen dengan menyatakan PSSI baru diwujudkan pada tahun 2023,” jelas Erick menerusi perkongsian daripada Bola.com.

Pada masa sama, Erick sendiri tampil memberi nasihat kepada para pemain supaya tidak berlebihan melayari media sosial selain membataskan diri daripada memberi sebarang komen.

“Saya sendiri berharap supaya para pemain dapat memberi fokus sepenuhnya untuk kejohanan besar seperti ini dan elakkan daripada melayari sosial media terlebih dahulu.

“Untuk para penyokong Indonesia, dengan rasa rendah hati saya berharap supaya mengetahui para pemain juga merupakan manusia biasa dan hargai mereka di ruangan komen anda,” kata Erick akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN