Ketum PSSI Nasihat Pemain Indonesia Abai Komen Warganet Di Media Sosial

Skuad kebangsaan Indonesia kini antara yang menerima pelbagai kritikan dari pelbagai arah, selepas kegagalan mereka untuk tampil dengan baik dalam saingan Piala AFF 2022 sebelum itu.

Tampil dengan persediaan yang mantap, Indonesia menjadi antara pilihan utama untuk menjuarai kejohanan tersebut, setelah musim lalu mereka berjaya mara ke pusingan final.

Namun kali ini segalanya tidak begitu menjadi dengan Indonesia terlebih dahulu sah tersingkir di pusingan separuh akhir kepada Vietnam serta menampilkan aksi yang tidak begitu menyakinkan.

Malah, segelintir penyokong juga banyak memberi kritikan kepada pengendali pasukan iaitu Shin Tae-yong kerana percaturan taktikalnya jelas tidak konsisten sepanjang saingan tersebut berlangsung.

Antara kritikan yang diterima beliau mengenai aspek serangan Indonesia tidak kreatif serta sangat tumpul untuk mendapatkan gol dalam beberapa perlawanan dihadapi.

Ketika ini, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan tampil memberi galakan buat para pemain dan kejurulatihan supaya tidak patah semangat.

Malah, beberapa nasihat juga telah diberikan beliau kepada mereka supaya tidak mempedulikan sebarang serangan siber daripada segelintir penyokong kini.

Iriawan juga tidak terlepad daripada kritikan penyokong selepas ada yang menganggap beliau gagal menaikkan lebih baik mutu bola sepak di Indonesia terutama di pentas antarabangsa.

Beberapa hari lalu, Iriawan telah pun berjumpa dengan beberapa pemain kebangsaan Indonesia di Hotel Sultan yang terletak di Jakarta untuk membincangkan hal tersebut.

Pemain yang ada ketika itu ialah Fachruddin Aryanto, Nadeo Argawinata, Egy Maulana Vikri, Pratama Arhan, serta Edo Febriansah dan beberapa nasihat telah diberikan oleh Iriawan.

“Anda semua perlu kekal semangat. Kalah atau menang itu merupakan adat dalam dunia bola sepak, sudah tentu semua pun mengharapkan yang terbaik dan tak rela mengalami kekalahan.

“Teruskan perjuangan anda, jangan sesekali lelah dengan perkara tersebut. Jangan anda rasa murung kerana tidak berjaya dan disebabkan serangan media sosial.

“Biarkan, orang tak tahu bagaimana usaha yang anda buat selama ini untuk pasukan,” jelas Iriawan kepada para pemain yang ditemui itu menerusi CNN Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN