Ketum PSSI: “Indonesia Bawah Pimpinan Saya Semakin Bagus”

Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir tampil dengan kenyataan untuk mengakui skuad Sang Garuda kini tampil lebih baik bawah pimpinannya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai bentuk balasan untuk pemain Vietnam iaitu Do Duy Manh yang mempersoalkan skuad Indonesia yang kini dibarisi ramai pemain dari luar negara berbanding menggunakan anak jati.

Sebelum ini, pertahanan kental Vietnam tersebut tampil meluahkan rasa pelik beliau jika mereka bakal menentang Indonesia atau Belanda untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan F.

Pada pandangan Duy Manh, Indonesia kini dibarisi oleh semua pemain luar yang berasal dari Belanda selepas Sang Garuda kini giat mendapatkan bintang warisan untuk didaftarkan buat bola sepak kebangsaan mereka.

Melihat kepada kenyataan itu, Erick tampil menjawab dengan tenang dan menyatakan Vietnam kini sebenarnya bingung akan peningkatan mendadak prestasi Indonesia.

Erick tidak melihat kenyataan dikeluarkan oleh Duy Manh itu sebagai suatu bentuk provokasi dengan sebaliknya pemain tersebut bingung akan kualiti Sang Garuda di pentas antarabangsa semakin meningkat.

“Tak, saya tak rasa itu kenyataan provokasi. Tetapi mereka sebenarnya bingung kenapa Indonesia bawah kepimpinan saya semakin bagus daripada lalu.

“Sama juga situasi ketika kita lihat Vietnam suatu ketika, mungkin lima atau enam tahun lalu kita sendiri bingung kenapa mereka terlalu bagus.

“Tak apa, biar sama-sama kita bingung akan prestasi masing-masing di pentas antarabangsa, janji ada hasil yang diperolehi daripada peningkatan tersebut.

“Itu suatu lumrah, tak ada apa-apa pun sebenarnya daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain tersebut.

“Orang kita boleh bingung suatu ketika melihat prestasi pasukan lawan, takkan kita tak boleh dipandang sedemikian rupa juga sekarang. Ia seperti ,’kenapa Indonesia mampu tampil dengan bagus sangat sekarang?’ Haa begitu,” ulas Erick dengan tenang melalui laporan Bola.com.

Untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini, Indonesia terlebih dahulu akan melayan kunjungan Vietnam pada 21 Mac di laman sendiri iaitu Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Selepas itu, mereka akan bergerak ke gelanggang lawan pula lima hari kemudian di Stadium My Dinh untuk aksi keempat peringkat kumpulan tersebut dengan Indonesia menyasarkan tiga mata pertama mereka.

Rekod terbaharu juga menyaksikan Indonesia berjaya mengatasi Vietnam menerusi kemenangan 1-0 ketika saingan Piala Asia 2023 di Qatar, dengan Sang Garuda tampil lebih konsisten daripada segi corak permainan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN