Ketua Jurulatih Kelantan Hilangkan Diri?

Ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim dikhabarkan menghilangkan diri apabila kelibat beliau tidak kelihatan bersama pasukan di tempat penginapan di Perlis semalam.

Menurut laporan daripada Berita Harian, jurulatih kelahiran Syria itu sepatutnya berada bersama pasukan bagi menjalani latihan menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa ini.

Walaubagaimanapun, masih tiada pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengenai kedudukan jurulatih itu.

“Fajr tidak kelihatan bersama pasukan hari ini… beliau sepatutnya menjalani latihan di Perlis bersama pasukan bagi persiapan bertemu Kedah.

“Namun begitu ia belum dapat dipastikan memandangkan KAFA juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Jadi kita tunggu saja apa sebenarnya yang berlaku,” kata sumber dalaman kepada Berita Harian.

Skuad Kelantan kini dilanda krisis dalaman yang teruk selepas pembuangan pemain tonggak secara beramai-ramai. Ketiadaan Faje secara mengejut seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau sudah meletakkan jawatan serta merta.

Ia mungkin susulan kekalahan keempat pasukan itu sepanjang kendaliannya sekali gus menyebabkan The Red Warriors (TRW) menghuni tangga tercorot Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN