Bola sepak Indonesia terus dilanda kontroversi. Masih lagi panas isu pembunuhan penyokong kini timbul pula isu jurulatih diserang.
Sebelum ini Mario Gomez pernah diserang oleh penyokong. Kali ini Peter Butler yang merupakan jurulatih PSMS Medan, diserang oleh pegawai pasukan lawan dari Barito Putera.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja tamat perlawanan di antara PSMS Medan dan Barito Putera yang berakhir 3-3.
Ketika Peter Butler mahu bersalaman dengan pengadil tiba-tiba pegawai tersebut menumbuk beliau.
Peter Butler menyatakan dia mahu mengucapkan tahniah sebagai penghargaan kepada pengadil perlawanan Nendi Rohaendi.
Ini kerana pengadil itu telah mengendalikan perlawanan dengan baik walaupun menerima tekanan daripada penyokong pasukan tuan rumah.
Peter Butler terkejut dan kesal dengan insiden itu kerana sebelum sepak mula perlawanan dimulakan dengan upacara penghormatan kepada penyokong yang meninggal.
Butler menganggap bola sepak Indonesia tidak berada dalam situasi yang baik dan tidak banyak berubah.
“Saya hairan kenapa pegawai itu boleh masuk ke dalam padang dan menumbuk saya. Semua badan saya terasa sakit tetapi saya kuat menahannya.”
“Bagaimana pembantu jurulatih dan dua pemain itu boleh memukul saya?”
Peter Butler mengesahkan dia tidak ada mengalami sebarang luka di badannya cuma dia berasa sakit badan sahaja.
https://youtu.be/FVk7eApVJxo
Diharap keadaan ini tidak berlaku lagi dalam liga bola sepak di Indonesia. Aspek keselamatan sangat mustahak dalam bola sepak. Semoga tindakan diambil ke atas pesalah.