Ketika Ini Pollersbeck Pemain Paling Banyak Hantaran Dan Sentuhan Bola Di 2.Bundesliga

Julian Pollersbeck mungkin bukan nama asing jika anda mengikuti rapat Bundesliga dan bola sepak melibatkan peringkat B-21 di Eropah musim lalu.

Dalam evolusi taktikal moden, penjaga gol semakin aktif terlibat dalam binaan. Oleh itu mereka banyak terlibat dalam permainan aktif (ball playing).

Namun di 2. Bundesliga, divisyen ke-2 Liga Jerman ini mencatatkan statistik luar biasa ketika ini. Ini kerana, pemain paling banyak menyentuh bola adalah Julian Pollersbeck yang merupakan penjaga gol Hamburg SV (HSV).

Jurulatih HSV, Christian Titz memang mengarahkan pasukan kejurulatihan beliau mempersiapkan penjaga gol sebagai asas utama binaan serangan dan kemudian terlibat aktif dalam permainan.

Julian Pollersbeck ketika ini lebih daripada memuaskan dan boleh dikatakan mengejutkan jurulatih beliau sendiri.

Dalam sistem Titz, Pollersbeck adalah ‘outfield players’ ke-11. Beliau diarahkan untuk berani keluar daripada kotak penalti mereka dan sentiasa bersedia menerima bola.

Titz berkata beliau memang sudah lama menggemari sistem yang membolehkan penjaga gol bermain secara aktif. Secara tak langsung Pollersbeck adalah libero dalam pasukan mereka ketika ini.

Selepas 9 perlawanan, Pollersbeck mencatatkan statistik tertinggi untuk sentuhan bola dan juga jumlah hantaran.

Beliau melakukan 769 sentuhan bola dan melakukan 687 hantaran (582 tepat). Buat masa ini beliau adalah yang tertinggi. Pelik ataupun hebat, 2 perkataan yang sesuai anda gunakan.

Pertahanan Hamburg, Rick Van Drongelen mengakui beliau memang diarahkan untuk sentiasa mematah bola balik kepada penjaga gol dalam beberapa situasi untuk memulakan semula binaan serangan.

Drongelen melakukan 740 sentuhan ketika ini. Ini bermakna, Pollersbeck mengatasi statistik sentuhan bola penyerang utama mereka Douglas Santos, dan Drongelen hanya 1 sentuhan di belakang Santos.

Sebenarnya taktikal ini sangat berisiko untuk Hamburg. Mereka tewas 0-5 di tangan Jans Ragensburg dan banyak gol kerana melakukan kesilapan daripada sistem ini.

Walaubagaimanapun, Pollersbeck dan rakan-rakannya bukanlah pasukan yang paling teruk bertahan. Mereka hanya bolos 11 kali selepas 9 perlawanan. Buat masa ini mereka ke-5 terbaik dari segi pertahanan.

Sebagai rekod, Pollersbeck adalah penjaga gol B-21 Jerman pada musim lalu. Beliau mendapat banyak tawaran daripada kelab lain ketika Hamburg sah tersingkir.

Namun Pollersbeck berikrar setia dengan Hamburg dan mahu membantu pasukan itu naik semula ke Bundesliga.

Apa yang pasti di Jerman, ball playing keeper adalah syarat penting untuk seseorang itu yang mahu mewakili negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN