Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah mengenal pasti pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman sebagai salah satu sasaran untuk dipancing dan telah pun membuat perbincangan dengan wakil pemain Perancis tersebut.
Sekalipun The Red Devils telah menjadikan penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho sebagai sasaran utama pada musim panas ini, harga yang terlalu tinggi mungkin menjadi penghalang untuk perpindahan tersebut direalisasikan.
Dortmund telah meletakkan tanda harga £100 juta buat pemain England berusia 20 tahun itu, namun United bertegas tidak akan memcahkan rekod perpindahan £89 juta milik Paul Pogba.
Kingsley Coman is on Manchester United's list of alternatives if they cannot secure a deal for Jadon Sancho this summer, sources have told @RobDawsonESPN: https://t.co/G2Y80OnJ4C pic.twitter.com/MlhTGWFBXi
— ESPN FC (@ESPNFC) July 25, 2020
Difahamkan Ole Gunnar Solskjaer kini mendapat sokongan penuh pihak lembaga dan pengurusan kelab untuk ‘membina’ legasinya sehingga United mampu kembali menjadi pencabar kejuaraan dalam tempoh terdekat.
Dortmund dikatakan telah menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh akhir untuk mana-mana pasukan menyelesaikan urusan jual beli pemainnya. Dengan masa yang semakin suntuk, United telah mula untuk mencari alternatif lain.
Antara pemain yang sudah pun di bawah radar pasukan pencari bakat United di Bundesliga ketika ini adalah pemain sayap Bayer Leverkuson, Leon Bailey dan pemain Schalke, Rabbi Matando, namun Coman merupakan salah satu pilihan terbaik berdasarkan statistik dan rekodnya di Bayern Munich.
Kalau Tak Dapat Sancho, Manchester United Nak 'Pancing' Leon Bailey https://t.co/VOcSUobo6j pic.twitter.com/ZhshFVQkpj
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 16, 2020
Walaupun diakui Sancho adalah pilihan utama, hasil perbincangan dengan wakil Coman mendapati beliau dilihat berminat dengan idea untuk menggabungkannya dengan dua rakan senegara, Anthony Martial dan Paul Pogba di Old Trafford.
Coman sedar dengan kemunculan Leroy Sane dari Manchester City sudah tentu akan menyukarkan peluangnya untuk terus mengisi kesebelasan utama pasukan dan sekaligus menghadkan minit permainannya.
Serge Gnabry pula dijangka akan terus memonopoli posisi sayap kanan pasukan dan pemain berusia 24 tahun itu tentunya mahu beraksi semaksimum mungkin ketika usianya ketika ini adalah yang tempoh terbaik bagi sebahagian besar pemain bola sepak untuk terus berkembang.
Could Leroy Sane to Bayern spell trouble for Kingsley Coman? 😟
— GOAL (@goal) June 10, 2020
He's not worried 😎
🗣"If Sane came, it would not be a problem! Except if the club says to me that they no longer need me, but I think the club knows what it has in me."
[Bild] pic.twitter.com/gNOBUP4pi1
Walaupun kontraknya di Allianz Arena hanya akan tamat pada 2023, Coman masih boleh dibeli dengan harga yang berpatutan jika dibandingakan dengan nilai Jadon Sancho.
Jurulatih warga Norway tersebut juga berminat untuk membawa masuk pemain serba boleh Aston Villa, Jack Grealish yang boleh beraksi di posisi tengah dan sayap. Beliau turut berharap dapat menandatangani seorang pemain pertahanan tengah dengan Kalidou Koulibaly dan Milan Skriniar sebagai calon utama.
Walaupun jelas fokus United masih terhadap Sancho, Solskjaer ternyata memerlukan pelan alternatif sekiranya usaha mendapatkan pemain Dortmund berkenaan menemui jalan buntu.
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kingsley Coman dan Bayern Munich: