Ketibaan Kumaahran Ibarat ‘Booster’, PJ City Bakal Pertaruhkan 2 Bekas Penyerang JDT Untuk Musim 2022

Darren Lok S. Kumaaharan JDT PJ City

PJ City pastinya amat beruntung apabila berhasil merekrut bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), S. Kumaahran bagi memperkuatkan pasukan menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula tidak lama lagi.

Ia bukan kali pertama skuad yang berpangkalan di Petaling Jaya itu dapat membawa masuk pemain dari pasukan gergasi bola sepak tanah air itu selepas turut membawa masuk Darren Lok pada awal musim lalu.

Maka sudah tentu ia merupakan satu tindakan yang bijak kerana Kumaahran sudah tentu tiada masalah untuk bergandingan dengan Darren Lok.

Memandangkan kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2018,  keserasian antara mereka sudah tentu dapat mengukuhkan lagi serangan PJ City.

Sepertimana yang ditekankan oleh pengendali, P. Maniam, kehadiran Kumaahran pada musim ini sememangnya untuk membantu Darren yang sebelum ini sering kali dihimpit kecederaan selain penyerang lain seperti Mahali Jasuli, Khyril Muhymeen dan Sunil Chandran.

“Saya pernah bermain dengan Darren ketika dengan JDT II, jadi persefahaman dan keserasian dalam padang itu saya percaya masih ada,” ujar Kumaahran yang ditemubual oleh Media MFL.

“Yang penting sekali saya kena dapatkan tempat dahulu untuk bermain dan kalau bergandingan dengan Darren, saya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk pasukan terutamanya untuk capai sasaran kedudukan lima terbaik.

“Musim lepas mungkin sasaran mereka tidak tercapai apabila berada di tangga ketujuh, jadi tahun ini dengan kehadiran beberapa lagi pemain baharu, kami semua akan cuba membantu pasukan sebaik mungkin untuk raih sasaran itu.”

Kumaahran yang berjaya menjaringkan enam gol ketika bersama Melaka United FC pada musim lalu mensasarkan untuk cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 10 gol bersama PJ City.

“Saya memang ada sasaran tersendiri, cuma yang penting sekali adalah untuk bantu pasukan terlebih dahulu mendapatkan tiga mata penuh, tidak kira siapa pun yang akan menjaringkan gol,” tambahnya lagi.

“Cuma kalau mendapat peluang, sudah tentu saya akan menggunakannya sebaik mungkin untuk mendapatkan gol peribadi, macam tahun lepas saya meraih enam gol, mungkin tahun ini mampu jaringkan sekurang-kurangnya 10 gol.

“Pasal kecederaan, penghujung musim 2021 saya ada cedera sikit, tetapi tidaklah terlalu serius di mana saya sudah biasa dengan keadaan seperti itu dan biasanya akan cepat sembuh.”

Enam pemain baharu lain yang akan memperkuatkan skuad kendalian P. Maniam itu adalah Azfa Arif Mohd Sukri, R. Aroon Kumar, R. Barathkumar, Nasir Basharudin, Marcus Mah dan Shivan Pillay Asokan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN