Ketiadaan Tiga Tonggak Utama Pahang Tidak Membimbangkan Dollah Salleh

Dollah Salleh

Tugas berat sedang menanti skuad tok gajah apabila mereka bakal bertandang ke Manjung bertemu PKNP FC tanpa khidmat tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan dan digantung perlawanan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad disahkan mengalami kecederaan dan perlu berehat manakala dua lagi pemain, Herold Goulon serta Safuwan Baharuddin digantung satu perlawanan kerana layangan kad merah dan mengutip tiga kad kuning.

Situasi itu jelas tidak membimbangkan pengendali skuad itu, Dollah Salleh kerana beliau masih mempunyai beberapa pemain simpanan yang boleh mengisi kekosongan itu.

“Saya perlu percaya dengan kemampuan semua pemain dan tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain tertentu sahaja jika mahu membentuk sebuah pasukan yang mantap.

“Oleh itu, saya harap pemain yang bakal mengisi tempat tiga pemain lain yang tidak boleh beraksi mempamerkan prestasi terbaik untuk mengelak daripada terus keciciran mata.

“Selepas gagal mencatat kemenangan ke atas Selangor Ahad lalu, skuad Tok Gajah perlu kembali meraih kemenangan untuk bersaing dengan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT),” jelasnya.

Kesebelasan utama pasukan Pahang. FOTO: Pahang FA

Kemungkinan Afif Amiruddin akan digandingkan dengan Bunyamin Omar di bahagian pertahanan dan kehadiran semula Nor Azam Azih yang digantung satu perlawanan sebelum ini kembali memperkuatkan jentera tengah Pahang.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang beraksi cemerlang dan menjaringkan gol ketika Pahang seri dengan Selangor dijangka menjadi pilihan untuk menggantikan tempat Safuwan Baharuddin.

Pahang kini berada di kedudukan ketiga dalam carta Liga Super apabila mengumpulkan 8 mata manakala PKNP FC masih belum mencatat sebarang kemenangan dan hanya mempunyai 1 mata selepas 4 perlawanan.

Meskipun Pahang kelihatan tempang tanpa beberapa tonggak utama namun pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menegaskan Pahang tetap berbahaya dan mampu menghukum pasukannya jika bermain sambil lewa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN