Ketangkasan Dipamerkan Karl-Johan Johnsson Mencuri Tumpuan

Karl Johan-Johnsson

Aksi cemerlang yang dijelmakan penjaga gol FC Copenhagen, Karl-Johan Johnsson pada aksi suku akhir Liga Europa (UEL) 2019/20 bertemu Manchester United pada awal pagi nyata mencuri tumpuan banyak pihak.

Penjaga gol berusia 30 tahun ini bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan hebat dimiliki Manchester United yang mana secara keseluruhannya sebanyak 13 ‘saves’.

Ini bermakna Johnsson mencatatkan rekod penyelamatan terbaik dalam saingan Liga Europa sejak pertandingan ini mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Beraksi selama 120 minit, Johnsson hanya dibolosi menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes dan sebenarnya beliau sudah pun dapat mengagak dengan tepat arah sepakan pemain tengah sandaran United tersebut.

Kecemerlangannya mengawal gawang dari dibolosi turut mendapat perhatian beberapa legenda bola sepak dunia seperti Gary Lineker, Robin Van Persie dan Jan Aage Fjortoft yang jelas memuji ketangkasan Johnsson.

Menurut sumber laman Twitter BT Sport Football, Van Persie menegaskan bahawa perlawanan bertemu Manchester United di Cologne itu sudah pastinya menjadi perlawanan yang terbaik dalam hidupnya.

Terdapat juga ‘troll’ nakal yang memberikan saranan kepada Chelsea supaya mendapatkan khidmat Johnsson tatkala Frank Lampard sememangnya sedang mencari pengganti kepada penjaga gol utama mereka, Kepa Arrizabalaga.

Ketika Johnsson bertungkus-lumus menyelamatkan gawangnya daripada menjadi mangsa ‘ratahan’ Manchester United, situasi berbeza dinikmati Sergio Romero apabila beliau langsung tidak menerima sebarang percubaan tepat sepanjang 120 minit perlawanan.

Mungkin selepas aksi hebat ditampilkan Karl-Johan Johnsson ini bakal menarik minat kelab-kelab besar untuk menagih sentuhannya bagi mengemudi gawang pasukan mereka pada saingan baharu nanti.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai penjaga gol berkelas dunia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN