Aksi Liga Super 2022 bakal berlangsung malam ini dengan melibatkan beberapa perlawanan yang pastinya setiap pasukan mengimpikan tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan semasa carta liga.
Salah satu perlawanan yang mencuri tumpuan ialah membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (KDA) bersama Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sang Kenari bertemu PJ City FC esok. Rentak kemenangan perlu diteruskan. Ayuh sama-sama kita beri sokongan di Stadium Darul Aman! Pulun Kedah Pulun! ⚔#ligasuper2022
🏆 Liga Super 2022
🆚 PJ City FC
📆 1 Oktober 2022, Sabtu
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman, Alor Setar pic.twitter.com/Xouf6nVqIa— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 30, 2022
Berdepan PJ City di laman sendiri, KDA pastinya ingin menggunakan kelebihan tersebut untuk meranapkan impian pelawat menerusi siri kemenangan keempat berturut-turut.
Manakala PJ City pula pastinya mengimpikan sesuatu kejutan di Alor Star, setelah sebelum itu mereka cemerlang menewaskan Selangor serta mengikat seri Johor Darul Ta’zim (JDT).
Berdasarkan kedudukan carta liga ketika ini, KDA berpeluang untuk kembali merampas kedudukan kelima daripada Kuala Lumpur City (KL City) sekiranya mereka mencatat kemenangan.
PJ City pula pastinya ingin meraih kedudukan lebih baik setelah kini berada di tangga ke-10 carta liga dengan menyasarkan keputusan positif malam ini di gelanggang lawan.
Daripada 22 pemain yang bakal beraksi di atas padang malam esok, ada tiga tonggak yang dijangka mampu memberi impak penting buat pasukan masing-masing untuk mencatat keputusan positif.
Ronald Ngah Wanjah
Penyerang import KDA ini antara pemain yang menerima banyak kritikan pada awal musim setelah tampil beraksi dengan agak hambar serta tidak begitu tajam di hadapan gol.
22' GOL | Ronald Ngah menyudahkan sepakan percuma Mahmoud Al-Mardi untuk gol pendahuluan di Alor Setar!@kda_fc 1-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/iRvPVjAm7a
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2022
Namun, ketika ini beliau dilihat sudah pun dapat sedikit menyesuaikan diri dengan bersama corak permainan pasukan dan menjadi penjaring gol terbanyak buat KDA.
11 gol sudah pun terhasil menerusi ledakan Ronald Ngah musim ini dalam saingan Liga Super, dan pada aksi pertemuan pertama KDA ketika menentang PJ City, beliau tampil mencetak hatrik dan pastinya pertahanan lawan bakal tampil lebih berhati-hati.
Marc Vales
Pertahanan import ini bermula dengan agak perlahan bersama KDA musim ini ekoran masalah kecederaan serta agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Namun sejak beberapa perlawanan lalu ketika Vales diturunkan, pemain ini mula mempamerkan aksi konsisten dan membentuk gandingan terbaik bersama Akmal Zahir di posisi pertahanan.
30' GOL | Marc Vales menggandakan kelebihan tuan rumah dengan gol pertamanya untuk Kedah!@kda_fc 2-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/GdD0uVjnaE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2022
Pemain kebangsaan Andorra tersebut mempunyai kualiti fizikal yang sangat baik untuk berhadapan penyerang lawan dan gol pertama beliau musim ini bersama KDA ketika menewaskan Selangor, pastinya akan meningkatkan moral Vales.
Darren Lok
Penyerang kebangsaan itu pastinya menjadi taruhan utama PJ City pada malam ini untuk merobek gawang gol KDA menerusi ketajaman dimiliki beliau.
Darren Lok pada musim ini berjaya menempatkan diri beliau selaku salah seorang penjaring terbanyak Liga Super setelah lapan gol telah diledak dirinya untuk membantu pasukan.
73’ GOL | Darren Lok menyamakan kedudukan buat PJ City!@pjcityfc 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/7zu3Y1dP0c
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 15, 2022
Kelebihan beliau terletak pada aspek ketajaman serta kerajinan dirinya yang sentiasa memberi tekanan buat pertahanan lawan bagi membuat kesilapan.