Ketajaman Kedah Di Minit Akhir Cabaran Buat Hafizul Hakim

Hafizul Hakim Perak Kedah

Melihat kepada kekuatan Kedah yang begitu tajam di penghujung perlawanan, penjaga gol Perak, Hafizul Hakim mengharapkan beliau dan rakan sepasukannya berupaya untuk memberi tumpuan 100 peratus sehingga minit-minit akhir.

Kebimbangan Hafizul itu hadir selepas menyaksikan kemampuan Kedah mengecewakan Selangor sebellum ini melalui dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir oleh dua penyerang importnya Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Selain itu, KDA juga pernah mengikat Penang FC,1-1 melalui gol penyamaan pada minit-86 oleh Kpah Sherman selain kemenangan 3-1 ke atas PJ City FC, 17 Mac lalu.

Perak yang terdesak memburu kemenangan bagi membaiki kedudukan mereka dalam saingan Liga Super bakal melayan kunjungan pasukan jirannya itu pada Sabtu ini di Stadium Perak, Ipoh.

“Kita kena berwaspada dengan kualiti Kedah yang sentiasa boleh jaringkan pada bila-bila masa terutama di minit terakhir permainan jika tidak mahu kecewa dalam perlawanan itu nanti, ” kata Hafizul ketika ditemubual Media MFL

“Kedah sememangnya dari tahun lepas adalah lawan yang boleh menjaringkan gol pada tempoh lewat permainan dan kami masih ingat tewas kepada mereka selepas melakar kebangkitan daripada ketinggalan dua gol.

“Namun mereka masih berjaya bangkit menjaringkan gol di babak kedua dan kami tewas 2-3, jadi aspek ini perlu diberikan perhatian di mana bukan saya sahaja tetapi seluruh rakan sepasukan harus pertingkatkan fokus sehingga wisel terakhir permainan.”

Peranan Azamuddin Akil dan Fayyadh Zulkifli yang sering dijadikan ‘senjata simpanan’ oleh pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak nampaknya begitu berkesan terutama dalam 15 minit terakhir perlawanan.

“Kedah pasti akan datang dengan gaya permainan menyerang kerana sudah tentu mereka mahu mengejar kedudukan teratas bagi meneruskan saingan merebut kejuaraan dan kita perlu perbaiki kesilapan-kesilapan lepas jika mahu meraih tiga mata, ” katanya lagi.

Bercakap mengenai prestasi goyak Perak pada musim ini, Hafizul yang beraksi untuk musim keenam bersama skuad Seladang itu mengakui musim ini menjadi antara detik paling mencabar tetapi masih meletakkan harapan membawa pasukannya berada dalam kelompok empat terbaik di Liga Super.

“Sebelum musim bermula, semua orang meletakkan harapan untuk berada dalam tiga terbaik tetapi selepas lalui lapan perlawanan ini, saya akui segalanya agak sukar buat kami.

“Namun, jika saya dan rakan-rakan boleh pertingkatkan prestasi serta bangkit dalam beberapa perlawanan yang akan datang, saya rasa masih belum mustahil buat kami mengejar kelompok empat terbaik.”

Ketua jurulatih Perak, Chong Yee Fat berdepan dengan tugas getir setelah empat pemain termasuk ketua pasukan, Shahrul Saad disahkan masih belum cergas sepenuhnya selain Sergio Aguero, Firdaus Saiyidi dan Farhan Roslan.

Bagaimanapun beliau tidak mahu menjadikan krisis kecederaan itu sebagai alasan untuk pasukannya tidak meraih keputusan positif di gelanggang sendiri dan memastikan pasukan pelawat pulang dengan tangan kosong.

“Saya akui bahagian serangan KDA FC antara yang terbaik di Liga Super namun saya masih percaya gandingan Shakir Hamzah dan Idris Ahmad yang gantikan tempat Shahrul kerana ini sahaja pilihan yang ada pada masa sekarang,” kata Yee Fat.

“Memang tidak dinafikan skuad ini ada masalah dengan konsistensi kerana bukan semua perlawanan kami boleh bariskan pemain terbaik ekoran masalah kecederaan serta penggantungan.

“Selain jadual perlawanan yang rapat membuatkan saya perlu melakukan rotasi pemain, saya akui tidak banyak pilihan dalam kalangan pemain sedia ada.

“Namun sikap pemain yang sentiasa positif dan komitmen yang ditunjukkan dalam tiap perlawanan, membuatkan saya berpuas hati setakat ini dengan mereka, ” katanya.

Kredit Foto: Perak FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Nafuzi Zain: KL City Bukan Hanya Tentang Dominique da Sylva

Jaga-Jaga Kemungkinan ‘Letupan’ Kombinasi Kumaahran-Nikolic

Thomas Dooley Dedah Pengurusan Sri Pahang Arah Supaya Jauhi Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN