Aksi penyerang import Terengganu, Ivan Mamut antara yang akan mencuri tumpuan bagi saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 membabitkan pasukan tersebut menentang Selangor.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSZMA), Gong Badak itu menyaksikan Terengganu berkelebihan dengan bermain di halaman sendiri untuk mencari peluang kemenangan.
🏴🏳️ HARI PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2023 : TERENGGANU FC VS SELANGOR FC 🏴🏳️
TERENGGANU FC VS SELANGOR FC
📆 16 September 2023 – Sabtu
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin📲Pembelian boleh melalui dari aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat… pic.twitter.com/EA0ahXeNpF
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 16, 2023
Terengganu yang tampil dengan sedikit tidak konsisten sejak awal musim 2023 kini dilihat mula tampil dengan lebih seimbang selepas beberapa perlawanan terakhir ini bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.
Malah, Sang Penyu juga pastinya ingin mencatat keputusan positif untuk aksi bertemu Selangor ini kerana selepas itu pasukan tersebut bakal mengharungi saingan Piala AFC yang dilihat lebih getir.
Ketika ini, prestasi para pemain Terengganu dilihat berada dalam momentum terbaik untuk mengharungi sebarang perlawanan dengan Ivan Mamut menjadi salah seorang daripadanya.
Untuk rekod, Mamut sudah pun meledak tujuh gol daripada lima perlawanan terakhir dihadapi Terengganu dengan dua daripadanya merupakan jaringan hatrik.
Walaupun Mamut menjadi antara mangsa kritikan sejak awal musim kerana dianggap tumpul di hadapan gol, kini pemain tersebut telah pun membuktikan dirinya layak menyarung jersi Terengganu.
Selain tajam di hadapan gol menerusi rembatan pemusnahnya yang berkualiti tinggi, pemain ini juga bijak membuka ruang untuk mencipta peluang mendapatkan jaringan buat pasukan.
Malah, aspek kelebihan fizikal beliau yang tegap serta tinggi berjaya digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi mana-mana pertahanan lawan ketika situasi bola mati memihak kepada mereka.
Welcome Ivan Mamut 🏴🏳️#TerengganuFC pic.twitter.com/WIxC1FCtfP
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Berdepan Selangor malam ini, pastinya Steinbruckner akan terus mempertaruhkan penyerang dari Croatia itu sebagai penyerang utama untuk membolosi gawang lawan berdasarkan prestasi semasa ditampilkan oleh Mamut.
Selaku pelawat, The Red Giants pastinya tidak mahu pulang dengan hampa serta Tan Cheng Hoe sendiri sudah tentu menyedari betapa bahaya ancaman mampu dilakukan oleh Mamut serta pemain lawan lain.
Selain Mamut, kelibat bintang Terengganu lain seperti Engku Nur Shakir serta Sonny Norde juga mampu memberi masalah buat Selangor kerana kemampuan gelecekan serta kepantasan dimiliki dua tonggak tersebut.
Apapun, Selangor pastinya turut mempunyai rencana tersendiri untuk memastikan keputusan positif mampu dilakar di gelanggang lawan dengan kelibat Ayron Del Valle, Yohandry Orozco, Richmond Boakye, dan Faisal Halim antara bakal dipertaruhkan untuk menggempur Terengganu.