Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Melaka United semalam dalam aksi tertunda Liga Super minggu ke-17, setelah mereka dilihat tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengatasi lawan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
The Tigers are back!
Full Time
JDT [4-0] MELAKA UNITED
(Fernando Forestieri 13' / Bergson da Silva 32', 42', 85')More photos at https://t.co/AstYSasZRw#JDTvMLU#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/GYK90TWUYB
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 29, 2022
Menerusi keputusan 4-0 semalam, JDT berjaya mempamerkan karakter yang sangat positif untuk tampil garang sejak awal wisel permainan dimulakan bagi mendapatkan gol awal.
Bergson da Silva terus menjadi watak penting semalam buat JDT menerusi ketajaman yang dipamerkan semalam sehingga berhasil memperoleh hatrik, untuk mengukuhkan nama beliau selaku salah seorang calon penjaring terbanyak Liga Super musim ini.
Kelibat penyerang itu pada aksi tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Bergson sentiasa berada dalam kedudukan terbaik untuk menerima umpanan serta menyudahkan peluang dengan baik.
Jika diikutkan, beliau mampu untuk menambah beberapa lagi jaringan, namun faktor ketangkasan Bryan See serta nasib yang tidak menyebelahi pemain ini menghalang Bergson untuk terus mengganas.
85' GOL | Bergson melengkapkan hatrik dengan gol ke-20 peribadinya musim ini!@OfficialJohor 4-0 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/zzSQTcBZSU
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 29, 2022
Pembelian pemain ini pada musim lalu nyata sangat berbaloi apabila beliau terus konsisten untuk meledak gol dan menjadi mesin penggempur utama buat JDT dalan mana-mana saingan disertai.
Selain Bergson yang menjadi faktor kemenangan JDT, ada beberapa lagi sebab mengapa mereka mudah menewaskan Melaka United semalam.
Persefahaman sesama pemain
Faktor persefahaman pemain JDT berjaya menenggelamkan terus cabaran pelawat, apabila setiap hantaran dibuat sesama mereka tepat dan tiada sebarang ruang dibuka untuk Melaka United cuba mencipta sesuatu berbahaya.
Setiap pemain berjaya memahami tugas masing-masing serta berada di kedudukan tepat untuk menerima atau membuat hantaran biarpun pengendali JDT, Hector Bidoglio menurunkan beberapa pemain simpanan seperti Haziq Nadzli dan Danial Amier.
32' GOL | Bergson da Silva menyudahkan hantaran Fernando Forestieri untuk menggandakan kelebihan JDT!@OfficialJohor 2-0 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/8eCYxXdyZW
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 29, 2022
Ditambah dengan kualiti pemain seperti Natxo Insa dan Fernando Forestieri berjaya membantu kelab tersebut menggerakkan bola dengan sangat lancar sepanjang perlawanan.
Melaka United tempang tanpa pemain lengkap
Salah satu sebab mengapa JDT berjaya menewaskan lawan mereka tanpa menerima cabaran yang kuat adalah disebabkan Melaka United yang tampil tanpa empat tonggak import mereka.
Ketiadaan Sony Norde, Emanuel Oti Essigba, Justin Baas, serta Ifedayo Olusegun jelas amat dirasai Melaka United di bahagian serangan mereka yang sangat tumpul.
Lebih perit, pemain tempatan menyerlah seperti Fadhli Shas serta Syazwan Andik juga tidak kelihatan pada perlawanan semalam untuk membantu kukuhkan jentera pertahanan.
Kesimpulan
JDT berjaya manfaatkan segala kelemahan Melaka United semalam menerusi kemenangan serta jumlah gol yang besar untuk menunjukkan tahap realistik mereka bila berharapan lawan yang tidak mempunyai persediaan rapi.
Melaka United semalam jelas tampil dengan segalanya serba kekurangan menerusi persiapan pemain yang tidak lengkap, serta corak permainan bersifat pasif.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17#LigaSuper2022 pic.twitter.com/BRSBfhfMy1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 29, 2022
Ditambah dengan isu kecederaan yang melanda pada perlawanan semalam juga mengehadkan ruang untuk Asri merencana sesuatu lebih baik buat pasukan daripada terus dibocori oleh lawan.