Kelibat penyerang berbisa Selangor, Ayron Del Valle dijangka bakal menjadi tumpuan malam ini untuk pertemuan seterusnya dengan membabitkan The Red Giants menentang Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super.
Musim ini boleh dikatakan Selangor tampil lebih baik berbanding tahun-tahun lalu untuk terus konsisten berada di tangga kedua Liga Super bersama kualiti permainan sangat menyakinkan.
Seterusnya, skuad #GergasiMerah akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi meneruskan saingan #LigaSuper2023 dengan harapan membawa pulang 3️⃣ mata!
⚽ Negeri Sembilan FC 🆚️ Selangor FC
🏟️ STAR, Paroi
📅 Isnin, 14 Ogos 2023
🕣 9:00PMDikuasakan oleh PKNS. pic.twitter.com/0NW6hwlrVM
— Selangor FC (@selangorfc) August 10, 2023
Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, pasukan ini mengalami beberapa rombakan baharu dengan membabitkan gandingan antara pemain muda dan import lebih berkualiti.
Antara pemain paling berbaloi ditandatangani Selangor musim ini pastinya terarah kepada penyerang import baharu mereka dari Colombia iaitu Ayron Del Valle.
Penyerang berusia 34 tahun itu jelas tidak mengambil masa yang lama untuk terus menyesuaikan diri pada musim pertama beliau dalam saingan Liga Malaysia biarpun ini merupakan aksi pertamanya di Asia Tenggara.
Hadir dengan reputasi cukup tinggi dalam saingan utama di Colombia selaku antara penyerang paling digeruni, Ayron membuktikan ianya tepat menerusi ketajaman beliau di hadapan gol.
Daripada 20 perlawanan ketika ini bersama Selangor, Ayron sudah pun meledak 16 gol secara keseluruhan serta merekodkan tiga bantuan jaringan untuk membuktikan pengaruhnya di hadapan gawang lawan.
Ketika ini juga, Ayron berada di tempat kedua selaku penjaring terbanyak semasa dalam saingan Liga Super untuk berada di belakang Fernando Forestieri yang sudah menghasilkan 17 gol.
Ketika ini, Forestieri masih lagi dirundung dengan isu kecederaan dan ia bakal membuka peluang buat Ayron untuk memintasnya pada perlawanan akan datang bertemu Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan kini masih lagi dilihat terumbang ambing dalam konsistensi perlawanan mereka selepas terbaharu mereka mencatat kekalahan tidak dijangka kepada Kelantan.
Hadir dengan persiapan yang serba tidak lengkap sejak awal musim, Negeri Sembilan dijangka bakal berdepan tugas getir pada aksi seterusnya untuk bertemu Selangor.
Penyerang Berbisa Selangor Miliki Peluang Untuk Pintas Fernando Forestieri
Walaupun begitu, The Red Giants tetap perlu berwaspada kerana mereka bakal berkunjung ke laman rasmi Negeri Sembilan dan pasukan tersebut pastinya tidak rela untuk terus kehilangan sebarang mata.
Apapun, kelibat Ayron paling dinantikan jika pemain ini mampu untuk mengatasi benteng kebal daripada Herold Goulon bagi mendapatkan jaringan ke-17 beliau musim ini.