Ada banyak cara untuk membina jati diri seorang manusia. Di sekolah asrama misalnya, disiplin diri yang tinggi diterapkan agar menghormati pelajar senior.
Untuk itu, ritual-ritual tertentu akan diadakan. Kebiasaannya jika di institusi pendidikan, ia berlaku pada minggu orientasi.
Mungkin ada di antara anda yang pernah diarahkan oleh pengawas atau abang senior untuk mengumpul semua tandatangan guru. Di asrama, tandatangan pengawas dan abang senior pula dipinta.
Itu salah satu perkara yang akan berlaku pada minggu orientasi. Tak pasti pula bagaimana sekarang.
Buli atau tradisi?
Adakala penanam erti jati diri dalam institusi sebegini dianggap sebagai buli. Ada juga menganggap ianya sebagai tradisi – lambang penerimaan diri anda kepada institusi.
Dalam bola sepak perkara ini juga berlaku. Di England, pemain muda atau pemain yang baharu di bawa masuk akan dipinta oleh pemain senior untuk melakukan persembahan menyanyi.
Ia adalah perkara mandatori yang wajib anda lakukan jika menyertai mana-mana kelab di sana.
Di Amerika Selatan termasuk Mexico, mereka melakukannya dengan cara yang lebih ekstrem.
Cukur dan gunting rambut
Setelah sah dimasukkan sebagai pemain ke dalam skuad utama, pemain-pemain muda dari akademi atau pasukan remaja wajib mencukur kepada menurut gaya rambut paling teruk di dunia dan digayakan.
Tradisi ini membenarkan pemain senior dan berpengalaman di dalam pasukan untuk mencukur rambut rakan sepasukan baharu mereka mengikut kehendak mereka.
Tukang gunting rambut paling murah pun tidak akan membuatkan gaya rambut anda seteruk ini!
Lihat sahaja contoh rambut pemain-pemain muda Mazatlan FC. Memangah tampak kreatif, tetapi kita tahu ia sememangnya disengajakan untuk pemain nampak teruk.
A Mexican tradition for their first pre-season with the first team. 🤣 pic.twitter.com/qdLyIaTMOa
— Sunday League Footy (@SundayChants) December 5, 2020
Namun pemain-pemain muda ini semuanya tidak kisah kerana tahu semua pemain akan melalui pengalaman yang sama tanpa mengira siapa diri anda.
Turut tidak dapat mengelak pengalaman yang sama ialah abak kepada Diego Simeone, iaitu Giovanni.
Four Boca Juniors youngsters were tricked into getting horrendous haircuts as part of their first team initiation 😂 pic.twitter.com/wO3LvqweyB
— ESPN UK (@ESPNUK) January 14, 2019
Beliau dilabel mempunyai gaya rambut paling buruk di River Plate ketika masih bersama kelab itu pada 2013.
Giovanni, the son of Diego Simeone and River Plate player, has the worst haircut I've ever seen. Fact. pic.twitter.com/KnCD828iLY
— Daniel Storey (@danielstorey85) July 18, 2013
Tidak terkecuali ialah pemain muda di Boca Juniors dan juga Atlanta. Bentuk dan haya gunting yang pelbagai ini tampak futuristik, tetapi tiada yang pernah menyamai gaya rambut seperti Paul Pogba atau Arturo Vidal.
#PretemporadaBohemia La bienvenida para los juveniles: Tenaglia, Esmail, Barria, Velardi, Castro, Bacher y Previtali pic.twitter.com/SroieHrapZ
— Club Atlético Atlanta (@atlantaoficial) January 8, 2016
Pada Julai pemain berusia 18 tahun Victor Guzman dari Club Tijuana di Mexico diberikan gaya rambut ala Ronaldo Nazario di Piala Dunia 2002.
Sekurang-kurangnya ia meniru gaya rambut salah seorang pemain terbaik dunia.
Penutup
Kisah kepercayaan karut di dalam bola sepak bukan perkara baharu. Ia melibatkan pemain, jurulatih dan juga penyokong. Masing-masing pernah dikaitkan dengan kepercayaan dan ritual pelik masing-masing.
Ada yang berguna dan bermanfaat. Ada yang tidak membawa hasil. Demikianlah ragam manusia. Bola sepak pun tidak terkecuali dari sikap manusia yang abstrak.
Baca artikel menarik kami yang lain melalui pautan di bawah:
https://semuanyabola.com/perjanjian-perpindahan-pemain-paling-pelik/
4 Kisah Pelik Pemain Bola Sepak & Kerakyatan Negara Yang Dipilih